Tuesday, May 3, 2016
Seronoknya belajar
Sekolah merupakan tempat untuk kanak-kanak belajar tentang asas dunia pendidikan awal. Membaca dan mengira merupakan perkara yang diutamakan tetapi tidak dilupakan juga keperluan kanak-kanak untuk membesar iaitu suasana yang seronok. Pengajaran dan pembelajaran bersifat ilmiah semata-mata tidak cukup untuk memenuhi keperluan mereka dalam proses menjadi lebih matang.
Disamping menjalankan aktiviti akademik prasekolah juga menjalankan aktiviti seperti menyambut hari lahir tidak mengira untuk murid-muridnya serta untuk pegawai yang menjaga mereka. Aktiviti sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara murid dan pegawai tetapi juga mengajar mereka untuk menghargai erti hidup sesama manusia.
Kita dididik untuk merayakan erti kehidupan iaitu kelahiran seseorang manusia. Kelahiran merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh kita dan ia mengingatkan kita akan pengorbanan seorang ibu dan dibantu oleh bapa dalam membesarkan seorang bayi. Ia juga merupakan satu kesedaran akan kebesaran kuasa Tuhan.
Sememangnya pendidikan awal sebegini tidak menyentuh perkara ilmiah atau buah akademik semata-mata. Ia bersifat menyeluruh dan menjadikan kita lebih manusia kerana jika kita hanya fokus terhadap perkara hitam putih semata-mata kita tidak jauh bezanya jika diibaratkan seperti robot yang hanya tahu beroperasi tetapi tidak menghargai.Sekian dari Editor.
Gambar:
Pn. Sarini & Cikgu Pudai.
Catatan Popular
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
-
Bagi yang pertama kali mendengar nama Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau sememangnya tertanya juga lokasi sekolah kami. Sekolah yang terl...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
19 April 2017- Satu perkemahan pengakap akan diadakan di SK Ng Engkamop, Julau. Seramai 8 orang pengakap yang akan menyertai perkemahan i...
-
Bahan pengajaran Sains menggunakan buku National Geographic merupakan bahan yang sangat sesuai untuk mempelajari sains. Sebelum menggunakan ...
-
Gambar hiasan Dalam melaksanakan TS25, pihak pengurusan sentiasa mengambil peduli dengan pandangan dan saranan dari semua pihak terutamany...
No Response to "Seronoknya belajar"
Leave A Reply