Tuesday, May 23, 2023

Persaraan Guru Besar SK Nanga Pakan

19 Mei 2023 - Sejak tahun 2006 beliau telah memimpin sekolah ini menuju ke arah yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Bukan sahaja di peringkat daerah malahan ke peringkat kebangsaan. Masa berlalu sungguh pantas, kini tibalah masa untuk beliau berehat dan bersara. Selamat bersara kami ucapkan kepada puan Bernardin anak Patrick Unyat. Segala kenangan dan bakti sentiasa kami ingat. 









Selain dari warga sekolah, antara yang sempat memeriahkan majlis pada hari berkenaan adalah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Julau, rakan guru besar yang dijemput dan juga YDP persatuan ibu bapa dan guru Selain dari warga sekolah, antara yang sempat memeriahkan majlis pada hari berkenaan adalah wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Julau, rakan guru besar yang dijemput dan juga YDP PIBG SK Nanga Pakan. 


Link video: https://youtu.be/N5qMoEC2110

Segak Mei 2023

24 Mei 2023 - Satu taklimat berkenaan dengan penyelarasan pelaksanaan program SEGAK di peringkat sekolah telah diadakan. Program ini dijalankan semasa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. 

SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.










Legoh membawa piala kejuaran badminton




23 Mei 2023 - Pertandingan Badminton di bawah 12 tahun peringkat daerah Julau diadakan di stadium Julau. Kelihatan adik Legoh sedang beraksi menentang lawannya. 

PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN 
ESCARLDREE LEGOH ANAK JARRY DANGGAT

BEREGU LELAKI BAWAH 12 TAHUN 
FEBIAN LUWIS ANAK EMTAMANG
WILLTHIEN CHAONG ANAK KANA

PERSEORANGAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
ROSWINNIE JELIA ANAK AIDUWINES NGUNDANG

BEREGU PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
ELYUS ENYZI ANAK LEMAN
GORETTI INYA ANAK SYLVESTER SENGKELANG



Terima kasih diucapkan kepada cikgu Ting dan cikgu Jimmy kerana telah mengiringi murid yang mewakili pertandingan Badminton di bawah 12 tahun Peringkat Daerah Julau. Legoh ( 5 dari kiri )
 


Tahniah diucapkan kepada ESCARLDREE LEGOH ANAK JARRY DANGGAT kerana telah mengharumkan nama sekolah dan membawa balik kejuaraan Badminton Peringkat Daerah tu lah bagi kategori perseorangan lelaki 12 tahun ke bawah. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular