Monday, October 4, 2021

Tinjauan hari pertama persekolahan dari pihak Nazir

Satu tinjauan khas daripada pihak Nazir cawangan Sibu berkenaan dengan pelaksanaan pembukaan sekolah untuk fasa ketiga bagi tahun 2021 ( PPKI & Pra-Sekolah ). 

Tinjauan ini adalah bertujuan untuk melihat kesediaan sekolah dalam mengurus sesi persekolahan Yang telah diarahkan baru-baru ini.

Pihak nazir telah mendapati bahawa sekolah kebangsaan nanga Pakan telah bersedia dan memenuhi kreteria yang penting untuk beroperasi pada musim Pandemik ini.

Banyak aspek yang telah dinilai antaranya adalah, bilik darjah, prasarana, asrama dan gate sekolah. Mereka amat mementingkan SOP serta mana-mana kemudahan yang berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan serta pengawalan jangkitan virus.

Catatan:

Maklumat vaksinasi guru, AKP. Pekeria Pembersihan, Pengawal Keselamatan, Pekerja Kantin dan Pekerja dewan makan asrama Lengkap 2 dos vaksin:
a) Guru = 27 orang
b) AKP = 11 orang
c) Pekerja Pembersihan = 5 orang
d) Pengawal Keselamatan = 7 orang
e)Pekerja dewan makan = 2 orang

Pengoperasian Hari Pertama Persekolahan di sekolah adalah terancang dan terurus dengan sewajarnya. Pihak sekolah melaksanakan pembukaan sekolah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu Terkini.

Pihak sekolah menyebarkan maklumat berkaitan pengoperasian pembukaan semula sekolah kepada semua warga sekolah, bu bapa dan pekerja swasta melalul Media Whatsapp pada 2 Oktober 2021. Jadual untuk Pdp bersemuka dan PdPR telah disediakan sebelum pembukaan semula sekolah. Dua buah kelas prasekolah dan sebuah kelas PPKI juga beroperasi seperti yang dirancangkan.

Dari kiri: En. Abang Jefri PK-Hem, En. Azri PK-KK, Wakil Nazir, Pn. Bernadine GB SK Ng Pakan, Wakil Nazir, Pn. Dara PK-1, Ketua Rombongan Nazir. 

Lawatan ke Pra-Sekolah


Melihat cara pengoperasian menerima kedatangan murid di gate sekolah. 


SOP di depan gate sekolah. 


Melawat kelas PPKI. 


Sesi perbincangan di dalam pejabat guru besar SK Ng Pakan. 




KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular