Wednesday, August 24, 2016

Berlangsung Mesyuarat PIBG SK Nanga Pakan

Hampir 100 orang tetamu untuk Persatuan PIBG SK Nanga Pakan mengadakan mesyuarat di dewan SK Nanga Pakan untuk membentang agenda pada masa akan datang.


25 Ogos 2015

Mesyuarat ini diadakan untuk berkongsikan maklumat semasa berkaitan dengan sekolah dari pelbagai aspek. Isu seperti akademik dan pencapaian semasa anak-anak merupakan tajuk yang diambil berat semasa mesyuarat.

Jumlah pelajar asrama yang semakin sedikit juga merupakan tajuk yang dibincangkan pada hari ini. Perkara sebegini merupakan perkara yang amat penting untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan juga keberlangsungan proses pembelajaran untuk anak-anak tempatan.

Tuesday, August 23, 2016

Persedian Menghadapi Peperiksaan UPSR

notis untuk persediaan menghadapi UPSR pada 5 - 8 sep 2016.

UPSR tidak lama lagi akan menjelma. Kurang dari 1 minggu lagi persediaan harus kita jalankan. Pecutan terakhir merupakan usaha terakhir buat masa ini. Sokongan daripada ibu bapa dan juga semua pihak juga mempengaruhi prestasi 42 orang calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.

Pict by Lukman Nurhakim

Monday, August 22, 2016

Mari ke SK Ng Pedanum, Julau

23 Ogos 2015 guru berserta dengan guru besar Sk Ng Pakan akan menjalankan satu program bersama dengan warga SK Ng Pedanum. Satu dialog prestasi untuk untuk bersedia menghadapi UPSR diadakan bersama Tuan PPD Julau.

Kelihatan guru besar sedang pergi ke tapak berkumpul untuk bertolak bersama dengan guru guru mata pelajaran tahun 6

Saturday, August 20, 2016

Candid Camera Klinik UPSR

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog sekolah ini. Berhempas pulas kita menghadapi hujung minggu yang panas ini bersama-sama di SK Nanga Pakan. 9 buah sekolah menyertai program ini dari pelosok Zon Pakan, Julau. Namun terubat juga rasa panas dan keletihan apabila melihat telatah para peserta dan juga pegawai yang menyertai program ini. Jom layan gambar-gambar candid hari ini.

Senyuman mengancam

Sedang menyanyi atau memberi ucapan

Dengan penuh semangat

Memikirkan sesuatu terpejam mata

Sepenuh jiwa mentelaah

Rasa nak makan atau belajar

Lapar sampai mengunyah pensil

Melayang atau memberi perhatian

Ku buka mulut

Mendoakan kejayaan.
Senyuman berjumpa kawan baru

 siapa dapat teka? Terkejut atau ketawa

Stress tahap gaban

Menunggu masa mata tertutup

Jelingan 180°. TERGELIAT LEHER YOUU!!

Friday, August 19, 2016

Suasana Bengkel

Satu bengkel UPSR telah diadakan di dewan makan SK Nanga Pakan, Julau. Murid diberi peluang untuk membuat sasaran peribadi untuk UPSR. Dan pada hari ini mereka akan diberikan ujian untuk kesemua mata pelajaran teras yang bakal mereka duduki 17 hari yang akan datang. UPSR merupakan penilaian terhebat bagi mereka pada usia ini.

20 Ogos 2016

Motivasi Ibu Bapa -
En Thaddeus Liyam

Klinik UPSR -
1. Cikgu Hairul Nisa
2. En. Aseri bin Ahmad
3. Pn. Hatinah
4. Cikgu Freda Mit

Program yang melibatkan PIBG?

Ibubapa telah dijemput untuk menyertai program ini. Yang pertama bukan hanya menjurus kepada pencapaian murid di sekolah tetapi berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa di rumah. Aktiviti ini seangkatan kualitinya dengan program dialog prestasi bersama ibu bapa yang sering diadakan disetiap sekolah. Cuma istimewanya untuk pengguna begini, ibu bapa diberi ceramah motivasi secara percuma. Alangkah indahnya apabila kita melihat wajah wajah ibu bapa senyum bahagia duduk di samping anak mereka sambil berpegangan tangan. Tidak dinafikan juga ada si jaga dan juga anak mereka agak renggang hubungannya, dan saat inilah merupakan saat yang paling indah apabila mereka saling meluahkan rasa bersyukur dan menyedari tanggungjawab masing-masing sebagai penjaga dan juga hidup bahagia di dalam satu keluarga. Namun tidak semua yang bernasib baik kerana ada juga murid yang datang menyertai aktiviti ini tanpa ibu dan ayah mereka. Syukur diucapkan kerana mereka masih dapat memimpin diri sendiri untuk menyertai program motivasi ini.

Motivasikan Mereka.

Program inspirasi UPSR YaPEIM  ( Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ) dianjurkan oleh pejabat pentadbiran YaPEIM. Futsal ini diadakan diseluruh pejabat pendidikan daerah yang ada di Sarawak. Program ini akan memberikan manfaat kepada 43500 seorang pelajar yang terdiri daripada pelajar kurang kemampuan dan berpotensi untuk lulus.

1. SK Nanga Pakan.
2. SK Nanga Babai
3. SK Sg Sugai
4. SK Ng Wak
5. SK Ng Manding
6. SK Ng Dayu
7. SK Ng Buku

Program inspirasi UPSR

20 ogis 2016 - Satu program motivasi telah diadakan di SK Ng Pakan, Julau. 7 buah sekolah di Zon Pakan menyertai program ini. Ibu bapa dan penjaga telah dijemput untuk menyertai program ini bersama dengan anak-anak mereka yang bakal menduduki ujian pencapaian sekolah rendah. Diharapkan program sebegini dapat meningkatkan percapaian di saat-saat akhir sebelum minggu peperiksaan.

Tuesday, August 16, 2016

Minggu AR yang terakhir

Minggu ini merupakan minggu ujian percubaan UPSR.Menghitung hari sehingga tiba saatnya UPSR. AR4 ataupun Percubaan kali ke 4 merupakan penanda aras pencapaian terkini sekolah dalam menghadapi UPSR yang sebenar nanti. Berdasarkan analisis ini,kita akan mampu mengenal pasti kelemahan dan dengan itu,kita akan mampu menjalankan program pecutan untuk memperbaiki pencapaian murid.

Tuesday, August 9, 2016

Ramah Tamah Hari Raya ( 10 gambar )

Berikut merupakan koleksi gambar yang menunjukkan suasana pada 5 Ogos 2016. Satu majlis Ramah Tamah Hari Raya telah diadakan di dewan makan Sk Nanga Pakan.

Monday, August 8, 2016

Juadah Istemewa

5 Ogos 2016 - Masih terasa suasana hari raya yang telah berlalu. Alangkah untungnya kita lahir dan menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat yang majmuk di negara ini menjadikan warna-warna kehidupannya menjadi lebih bergema dalam kehidupan seharian kita.

Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau sentiasa meraikan perayaan-perayaan yang menjadi icon sosial setempat. Semangat ini menjadikan semua masyarakat di sini merasakan mereka dihargai dan diberi perhatian dari aspek kebudayaan. Ia juga dapat membuka minda murid-murid kita terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam negara kita.

Berikut merupakan menu makanan yang dihidangkan semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri 5 Ogos Yang lalu.

Kuih yang menjadi tarikan di meja makan. Ada juga kek cheese!!
Menu yang mengisi jiwa dan kenangan kita sepanjang berkhidmat di SK Ng Pakan.
Menu daripada seorang pujangga. Ya, ini adalah hasil tangan En. Shahidan.
Ulam-ulaman yang membuka selera.
Sedapnya

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular