Thursday, July 28, 2016

Fire Drill

28 Julai 2016 - Satu Kawat Kebakaran telah diadakan secara mengejut di SK Nanga Pakan. Aktiviti tersebut telah diadakan pada masa kelima pengajaran dan pembelajaran. Ramai yang tidak bersedia dengan aktiviti ini. Bunyi siren dan loceng telah memberikan amaran awal kepada semua murid dan pegawai untuk berkumpul di tapak yang telah disediakan. Bangunan hendaklah dikosongkan dan semua murid serta pegawai harus berjaya untuk tiba di kawasan berkumpul tidak lebih dari 3 minit. Adalah diingatkan supaya murid harus mengutamakan keselamatan dan bergerak dalam keadaan teratur semasa aktiviti ini dijalankan. Segala alatan pembelajaran dan pengajaran hendaklah ditinggalkan memandangkan keselamatan nyawa lebih dipentingkan.

Catatan masa untuk kali ini adalah 2 minit 42 saat dan ini membuktikan bahawa pergerakan pada hari ini berada di bawah had masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.

Thanks to:

1. En.Shahidan yang mengendakikan aktiviti ini.
2. Cikgu Habibah PK Hem.

Kelihatan seorang ketua kelas pra sekolah sedang memeriksa barisan.
Adik-adik kita tidak sempat menggunakan kasut
Kelihatan ada seorang murid sempat menyelamatkan beg kesayangannya
Guru kelas memeriksa barisan anak muridnya
Antara kelas yang paling akhir menyelamatkan diri
Berlari menyelamatkan diri dan ada juga yang berjalan pantas asalkan tidak jatuh atau melanggar tiang
Aktiviti yang melibatkan semua murid dan pegawai
Papan tanda Sekolah Kenangsaan Nanga Pakan.
Murid kelihatan gembira menjalankan aktiviti ini
Apa yang difikirkan oleh adik kita ini?
Berjaya berkumpul dalam masa 2 minit 42 saat
En. Shahidan sedang berdiri menghitung murid.
Telatah anak kecil
Berlari dan bergerak dalam barisan
Adik kecil kita ini sudah faham akan latihan sebegini. Takniah.

Wednesday, July 27, 2016

Mesyuarat PROMAH

Pada awal bulan Ogos, Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan akan menjadi host untuk program PROMAH. Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Zon Pakan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian UPSR. Setiap pegawai telah diagihkan tugasnya untuk menjayakan program ini. Berikut merupakan beberapa keping gambar semasa mesyuarat yang telah diadakan pada minggu ke-30 musim persekolahan tahun ini. Sekian.

Monday, July 18, 2016

Bekas Pensel musim AR3

Salam sejahtera, editor di sini nak kongsikan 10 keping gambar bertemakan bekas pensel. Terkenang zaman dulu,waktu pakai bekas pensel kotak dan tin alat geometri. Maklumlah, dulu zaman industri dan semuanya kena keras dan diperbuat dari besi.haha!! Tapi,bagi yang kurang berkemampuan, ada yang pakai plastik pada waktu itu ( editor tak pakai pun, simpan dalam poket jer pemadam 1, pensel sebatang dan perautnya ).

Namun, x kira apa sekalipun jenis atau rekaan bekas pensel itu.. mahal atau murah.. jika usaha itu ada, nescaya kejayaan itu di dalam gengaman. Jom layan gambar bekas pensel anak didik di sini.
Bekas pensel ada muka.. haiwan atau manusia?
Semangat BIGHERO!!
Wow. Evergreen Smurf ni.
Girl?!!
Dia pakai bekas pensel kakak dia agaknya. Syukur dgn apa yg ada.
Budak sukan? 
Ni memang rasa kewanitaan. Pakai Hello Mayau. Hello kitty.
Look at his deco, wow.. kacak keychain. Semangat nak ujian.
Ni En.Lau yang punya.
Wow!! Handmade!! Terbaik lah..
Cuba u all baca apa kata semangat tuuu.. IMPOSSIBLE IS NOTHING!!

Sekian.

Suasana dalam dewan peperiksaan

AR3 ( Percubaan UPSR ) sedang berlangsung pada minggu ini dan hari selasa ini merupakan hari pertama untuk AR3. Seramai 42 orang calon UPSR 2016 terlibat dalam ujian ini. Plan tempat duduk dan nombor angka giliran telah dipamerkan di luar dewan untuk memudahkan pergerakan calon.
Kelihatan seorang guru membacakan peraturan dan arahan peperiksaan.
Jadual ditampal di hadapan dewan.
Menyemak ralat soalan bersama-sama sebelum mula menjawab.
Mengedarkan bahan ujian
Kelihatan seorang murid sedang melihat kertasnya.
Sunyi sejenak.

Sunday, July 17, 2016

AR3 ( Percubaan UPSR )

"Dunia ini berputar seakan-akan semakin deras dan menyebabkan kita terasa tertinggal sebahagian dari kenikmatannya disaat terlalu mengejar sesuatu matlamat" - SK Nanga Pakan.

Tidak terasa akhirnya minggu AR3 ataupun dikenali sebagai minggu Ujian Percubaan UPSR ke-3 telah tiba. September bakal menjelma dan usaha tetap diteruskan untuk menyumbat ruangan minda anak-anak kita dengan ilmu yang diperlukan demi memenuhi target tahun ini.

Kita doakan segala usaha di saat akhir ini diberkati dan bakal membawa peningkatan. Sekian.

Monday, July 11, 2016

Membentuk Dan Membuat Binaan

Murid-murid sememangnya gemar untuk terlibat dalam aktiviti Dunia Seni Visual kerana mereka dapat mengetengahkan bakat serta perasaan mereka melalui karya. DSV merupakan matapelajaran yang melengkapkan proses pembelajaran seseorang manusia kerana ia melibatkan kemahiran motor dan berfikir untuk mencipta sesuatu karya.

DSV juga merupakan medium untuk melepaskan tekanan seseorang setelah lelah menjalani sesuatu aktiviti yang membosankan dalam sesuatu jangka masa. Akhirnya kita tahu bahawa DSV merupakan sejenis terapi untuk kanak-kanak.

******************************************

Kali ini, ingin kami kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan aktiviti / hasil karya bidang ke-3 DSV iaitu membentuk dan membuat binaan. Selain melipat, menggunting dan mencantum, kita juga boleh menggunakan teknik ikatan.

Sumber Gambar:
Cikgu Wendy Ak Juna.
DSV Tahun 5A

Wah, siap dengan selimut lagi tu.
Amboi, panda Hulk. ( Hulk Avangers kan hijau )
Kucing misterius.. matanya.
Nampak tak senyuman tu? gigi tu?
Saya rasa ini Armadilo.
Ada tali leher. Kiutnyaaaa..
Pasangan adik beradik agaknya.
Pertamanya saya ingat ini ular cobra  tetapi.. Pocong rupanya.

Apa khabar selepas hari Raya?

Sumber gambar ( www.myrokan.com ) :

Salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Cuti yang telah kita lalui bukanlah cuti sekadar cuti. ia adalah...

Saat berbicara menyatu jiwa,
Tangan bertemu tapak,
Jemari tersusun tulus,
Menyuarakan isi hati bahagia,
Dipeluk krono waktu,
Akhirnya terkongsi rasa cinta,
Cuti bagi mereka,
Aidilfitri bagi kita,
Bagi saya.. kecintaan dimana-mana,
Halus senyuman si anak menyambut perhentian,
Perhentian sejenak menyandang bag sekolah,
Namun.. teruslah mencari ilmu,
Cuti itu mengajar sesuatu,
Erti syukur,
Erti kasih ibu,
Erti pelukan ayah,
Erti duduk semeja,
Erti ketukan pintu.. gara-gara bangun lewat,
Pelbagai gelagat menjadikan kita ebih erat,
Mendekaiti yang tersayang,
Dan cuti itu.. bukanlah cuti,
Ia satu inkuri pencarian ilmu,
Menjadikan aku dan kamu,
Mengenemukan pada yang Satu.

Nukilan:
Chekgu Roy

Sehabisnya cuti seminggu ini nanti sememangnya proses pengajaran dan pembelajaran semakin rancak berjalan di sekolah. Memandangkan sekitar 40 hari lagi minggu UPSR akan menjelma. Kita doakan semoga segala program di daerah Julau berjalan dengan lancar. Sekian.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular