Thursday, August 18, 2022

Sesi perkongsian laluan cemerlang JPNS 2022

📣 *JEMPUTAN SESI PERKONGSIAN LALUAN CEMERLANG JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2022*

📌 *22 Ogos 2022 (Isnin)*
🕝 *2.30 - 5.00 petang*
🖥 Secara dalam talian (sila rujuk pautan _Google Meet_ di banner)

Sukacita semua warga pendidik di organisasi/institusi/sekolah dijemput menyertai program Sesi Perkongsian Laluan Cemerlang Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2022 yang bertujuan memberi pendedahan tentang laluan cemerlang serta proses penilaian laluan cemerlang bagi memberi kefahaman dan menarik minat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk memohon sebagai *Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang*. Pendaftaran program boleh dibuat melalui QR code atau pautan https://bit.ly/laluancemerlang22.

Antara pengisan program:
1. Amanat oleh Pengarah Pendidikan Sarawak
2. Taklimat oleh Dr. Aini Neesa bt Salim, Bahagian Profesionalisme Guru
3. Taklimat oleh Encik Jaya bin Pala , Jemaah Nazir Negeri Sarawak
4. Sesi soal jawab

🎯 Marilah kita sama-sama menyertai program ini secara beramai-ramai.


Sunday, August 14, 2022

Gambar lama: Pembinaan Makmal dan kelas

Projek IBS- Salam transformasi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Terdapat banyak perubahan yang telah berlaku di sekolah ini, antaranya adalah perubahan dari aspek pembangunan infrastruktur. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan banyak pembangunan untuk memenuhi keperluan komuniti di sekolah ini. 

Pihak pengurusan di peringkat sekolah juga tidak pernah putus-putus memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini. Banyak kerjasama dan dialog telah dilaksanakan bersama dengan pelbagai agensi. Sekolah yang menonjol juga merupakan antara faktor kepada pesatnya yang pembangunan yang berlaku. 

Berikut merupakan gambar pembangunan infrastruktur bagi Makmal dan kelas tahap satu yang terletak berhampiran dengan pintu gerbang SK Nanga Pakan. 




















Wednesday, August 10, 2022

Iklan: Kursus pengadil bola sepak kelas 3

 Berikut merupakan poster untuk iklan Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas 3 yang akan diadakan pada bulan September kelak. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Bhg. Sibu. Bagi yang berminat, bolehlah rujuk info yang terdapat dalam Poster ini.







Tindakan Pantas membaiki paip pecah

Cepat dan pantas - Dengan laporan dari pihak sekolah yang diketuai oleh En. Shahidan, masalah paip pecah yang berlaku di kawasan sekolah telah diatasi degan segera. Terima kasih juga kepada JBALB Sarikei kerana telah bertindak pantas dengan menghantar kontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus isu sebegini. Jangan lengah-lengahkan kerja.



Tindakan pantas sebegini merupakan bukti pengurusan di peringkat sekolah sangat tinggi. Pihak sekolah akan terus melapor dan setia mengingatkan pihak berwajib jika masalah belum juga selesai.



Instrument penilaian suara guru dan murid berkenaan program TS25

 

Gambar hiasan

Dalam melaksanakan TS25, pihak pengurusan sentiasa mengambil peduli dengan pandangan dan saranan dari semua pihak terutamanya dari guru dan murid. Berikut merupakan satu daripada contoh cara maklumat diperoleh untuk menegtahui senario perlaksanaan TS25 di peringkat sekolah melalui suara guru dan murid.













KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular