Tuesday, March 24, 2020

Menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang musim cuti


Wabak Corona Virus / Covid-19 yang telah menular telah membuatkan kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan. Semua digesa untuk menjaga keselamatan dan kesihatan serta Mematuhi setiap seruan dari kerajaan.

Kita berharap agar wabak ini semakin reda dan sesi persekolahan dapat berlangsung pada tarikh yang ditetapkan kelak.

( Setakat ini perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa sehingga 31 March 2020. Ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa perintah ini mungkin akan dilanjutkan sekiranya wabak tersebut masih dalam peringkat yang serius )

Wednesday, March 11, 2020

Suasana sekolah Throwback 2018

Berikut adalah suasana di Sekitar kawasan sekolah pada akhir bulan Oktober 2018 iaitu 30 hari bulan. Pejam celik pejam celik tidak terasa kita sudah menghampiri bulan November iaitu bulan terakhir hari persekolahan 2018. Kita berharap agar semua aktiviti yang dijalankan selama ini dapat memberikan impak kepada semua murid dan juga pegawai di sekolah ini. 







Pengurusan Marah by Pn. Bernadine anak Patrick Unyat - Guru Besar ( In House )

Tahniah Dan terima kasih diucapkan kepada Puan guru besar SK Nanga Pakan Puan Bernadine anak Patrick Unyat Kerana telah berjaya menyampaikan perkongsian berkaitan dengan pengurusan perasaan marah di kalangan penjawat awam / guru dan AKP.

Mengurus perasaan marah merupakan satu kemahiran yang harus semua penjawat awam miliki. Perasaan marah yang tidak terkawal mampu Mengundang suasana kerja yang tidak kondusif. Penjawat awam seharusnya saling menghormati dan Saling memahami.

Berikut merupakan adalah antara slide show yang telah dikongsikan oleh guru besar SK Nanga Pakan sepanjang inhouse yang telah dijalankan sebelum ini.

Mesyuarat Kokurikulum ( Pertandingan )


11.02.2020 - Satu mesyuarat kokurikulum telah diadakan di galeri kokurikulum SK Nanga Pakan.

Mesyuarat yang diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan pelbagai pertandingan yang bakal dianjurkan selepas cuti sekolah pada petengahan penggal pertama ini nanti.

SK Nanga Pakan merupakan antara penganjur beberapa pertandingan di daerah julau sepanjang bulan April nanti. Setiap guru telah diberikan tugas masing-masing untuk melatih serta menyediakan prasarana sekolah bagi kelancaran setiap program yang bakal diadakan nanti. Sekian.

Apa khabar dewan baru SK Ng Pakan?


Sedikit pendedahan melalui gambar. Nantikan gambar yang lebih lengkap setelah majlis perasmian Dewan baru SK Nanga Pakan nanti. Agak-agaknya, apa nama dewan terbuka ini nanti?

Status:
1. Proses memasang wayar elektrik sedang dijalankan.

2. Memikirkan nama Dewan yang sesuai dengan mengambil kira sejarah, pengasas serta individu yang banyak berjasa di Pekan Pakan. Mungkin juga dinamakan berdasarkan nama berunsur tokoh serta sejarah setempat.

Carta Organisasi Pengurusan Hem


Berikut adalah carta organisasi pengurusan Hem yang diketuai oleh Dian anak Karim ( PK Hem )

1. AJK KWAMP - Cikgu Jimmy

2. AJK Pengawas - Cikgu Amin & Cikgu Chris

3. Guru SPBT - Cikgu Siti

4. Guru RMT - Cikgu Catherine

5. Bimbingan & Kaunseling - Cikgu Flora

Gambar kawasan gate sekolah

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga Pakan. Berkat kerjasama warga sekolah yang sentiasa mengutamakan kebersihan dan keselamatan menjadikan sekolah ini antara sekolah yang kondusif dan menjadikan murid-murid sentiasa dalam keadaan yang selamat menikmati hari-hari mereka.


- Bhg. Hem - Cikgu Dian

Ceramah pergigian #Gambar


21 Feb 2020 - Ceramah berkaitan dengan Kesihatan  Pergigian telah diadakan di SK Nanga Pakan. Terima kasih diucapkan kepada bahagian Pergigian ( KKM ) Sarikei. 

Permohonan Prasekolah 2021 dibuka



Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan untuk kemasukan prasekolah telah dibuka. Anda boleh klik pautan di atas untuk masuk terus ke bahagian permohonan. Selamat mencuba.

Menarik 2020

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Setelah sekian lama bahagian ICT SK Nanga Pakan tidak menulis dalam blog ini maka hari ini kami ingin memulakan episod tahun 2020 dengan komitmen yang lebih membara.

Kami akan menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap dua minggu.
 
Untuk memulakan penulisan kali ini Kami ingin mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri terbaru kita yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan ( 12 Ogos 2013 – 28 Julai 2015). Tahniah diucapkan.

Majlis Anugerah Penyampaian Sijil & Hadiah 2019

20 Nov 2019 - Satu majlis Majlis Anugerah Penyampaian Sijil & Hadiah peringkat SK Ng Pakan telah diadakan bagi meraikan kejayaan-kejayaan anak-anak kita sepanjang tahun 2019.

Majlis kali ini telah dihadiri oleh ibu bapa & penjaga yang terlibat.

Kapitan Wong (  NYDP PIBG SK Ng Pakan ) juga telah hadir bersama bagi mewakili En. Sendar, YDP PIBG SK Ng Pakan yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana urusan rasmi.

1. Suasana di bawah tapak perhimpunan SK Nanga Pakan.
2. Penari yang bersedia untuk mempersembahkan tarian pembukaan mereka.
3. Ucapan dan kata-kata semangata dari  NYDP PIBG SK Ng Pakan.
4. Pn. Bernadine Anak Patrick Unyat GB SK Ng Pakan bersama dengan NYDP berserta Penolong Kanan SK Ng Pakan.
5. Persembahan dari murid-murid yang dipimpin oleh Pn. Erny & En. Lukman. 
6. Suasana di belakang barisan tetamu.
7. Persembahan anak-anak SK Ng Pakan
8. Antara persembahan yang menarik. Tarian Bollywood.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular