Saturday, April 30, 2016

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat hari pekerja diucapkan kepada semua. Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya walaupun bukan seminggu jangka masanya. Walaupun singkat tetapi cukup untuk kita menjalankan refleksi terhadap diri sendiri untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi kerja kita.

Waktu cuti sebegini juga boleh kita manfaatkan untuk melapangkan minda dan menikmati kehidupan sementara meninggalkan hal-hal di pejabat. Sedangkan pada hakikat nya minda kita sentiasa memikirkan apa yang bakal kita melaksanakan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.

Semoga pada hujung minggu dan hari yang baik ini dapat kita nikmati dengan penuh kesyukuran.Sekian.

Haha!!
Nasihat dari Google image
Kelihatan seorang pegawai dari SK Ng Pakan mengangkat tangan. Happynya dia.

Budaya belajar

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua semoga hari ini menjadi lebih produktif dengan aktiviti yang santai bersama insan yang tersayang.

Berhujung minggu ataupun menyambut hari perayaan sangat sinonim dengan waktu cuti. Acapkali kita dengar dari warga pendidik khususnya tentang pengalaman bercuti tetapi kerja dibawa balik ke rumah. Ini sudah menjadi lumrah kepada kebanyakkan cikgu kerana tanggungjawab di sekolah tidak semestinya dapat diselesaikan di dalam pejabat.

Begitu juga dengan murid. Kita sebagai warga pendidik berharap agar pendidikan mereka tidak sahaja berlaku di sekolah tetapi di rumah juga. Budaya belajar yang kita terapkan boleh diaplikasikan di luar kawasan sekolah terutamanya di peringkat institusi kekeluargaan. Mungkin ramai yang berpendapat 80 peratus pengetahuan murid-murid diperoleh di sekolah sedangkan lebih banyak masa yang mereka luangkan adalah bersama keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah. Maklumat ini agak berbeza untuk murid yang bermalam di asrama kerana mereka bergantung kepada komuniti di sekolah untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan kerana mereka berada di kawasan sekolah lebih banyak berbanding di rumah.

Namun harus kita ingat bahawa budaya belajar yang diterapkan bukan hanya diamalkan di dalam sekolah semata-mata tetapi ia harus melibatkan ibu bapa ataupun penjaga bagi memurnikan ilmu yang murid-murid kita peroleh.

Budaya belajar di rumah sangat mudah untuk diaplikasikan dan diamalkan. Hanya dengan meluangkan masa duduk bersama dengan anak-anak ataupun murid-murid sambil menonton tv dan melayan ratusan soalan yang mereka tanya dapat menjana pemikiran mereka. Bersoal jawab semasa menonton tv merupakan satu proses pembelajaran dan perkongsian ilmu yang paling mudah dan mesra tambahan pula ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mungkin ada ibu bapa ataupun penjaga membawa anak mereka pergi ke kebun ataupun melancong semasa bercuti. Pengalaman semasa melalui hari-hari yang indah itu merupakan satu proses belajar juga. Bukan keseronokkan ataupun pengalaman semata-mata boleh kita beri pada waktu itu tetapi itulah saat yang paling sesuai untuk kita memberi nasihat dan mengajar anak kita erti bersyukur. Kita boleh menjadi guru kepada anak kita sendiri tidak semestinya proses belajar itu berlaku di sekolah.

Kita percaya murid pada zaman kini sentiasa terdedah dengan pelbagai bahan dan sumber. Ia menjadikan proses belajar menjadi semakin mudah dan berkesan. Kita berharap budaya belajar yang diterapkan di peringkat sekolah boleh kita teruskan walaupun anak-anak kita sedang bercuti ataupun berada di luar kawasan sekolah. Supaya kita dapat menghasilkan generasi yang seimbang dari pelbagai aspek. Yang pasti budaya belajar itu hendaklah diamalkan tanpa mengira tempat dan siapa yang mendampingi kita. Sekian.

Nukilan:
aku-lazy.blogspot.com

Suasana di dalam sebuah kelas perdana. Lokasi: SK Ng Pakan. TAHUN 4A. "Terima Kasih Cikgu"

Reka Cipta Guna Batang Aiskrim

Pendidikan khas merupakan satu langkah yang penuh komitmen dari kerajaan untuk membantu golongan yang istimewa bagi memenuhi hak mereka mendapatkan pendidikan. Kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dan kesungguhan ini dapat kita lihat bermula di peringkat sekolah lagi. Guru pendidikan khas sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka seiringan dengan perubahan zaman. Perkara yang paling penting untuk seorang guru adalah mengetahui aras penguasaan murid mereka.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan menggunakan batang aiskrim. Reka cipta menggunakan batang aiskrim yang bertemakan objek buatan manusia dapat menjana kreativiti murid. - Editor.

Credits / Material: Cikgu Cath ( SK Ng Pakan )

SDP ( Seni Dalam Pendidikan ) P.Khas

Pelbagai jenis pedagogi yang boleh kita jalankan untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam satu hari. Jangka masa yang digunakan juga boleh kita merancang berdasarkan kesesuaian dan aras murid.


Namun berbeza untuk pendidikan khas di mana murid-muridnya memiliki keunikan yang tersendiri dan istimewa dari rakan-rakan mereka yang lain. Masalah pembelajaran boleh diatasi dengan beberapa jenis kaedah kerana masuk melalui pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan seni dalam pendidikan.


Guru membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan lain-lain. Kosentrasi mereka tidaklah seperti kelas perdana dan ini merupakan satu cabaran untuk mana-mana guru pendidikan khas bagi memastikan murid mereka sentiasa terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Hanya dengan sedikit sentuhan unsur seni dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah mood dan motivasi mereka.-Editor


Credits / Material : Cikgu Catherine ( SK Ng Pakan )

Seni dan pelajaran
Aktiviti berkumpulan 
Cute tak saya?
Warna yang pelbagai

Bye Bye Guru Pelatih

25 APRIL 2016 - setelah 3 bulan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan akhirnya dua orang guru pelatih dari IPGKR Sarawak menamatkan proses untuk menjadi seorang guru pada semester mereka kali ini. Diharap cikgu Maurice dan cikgu Lucas berjaya menjadi seorang guru yang gemilang dan memperoleh inspirasi di sekolah ini. Jutaan terima kasih diucapkan dari pihak sekolah untuk mereka berdua.

Dimana SK Nanga Pakan?

Bagi yang pertama kali mendengar nama Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau sememangnya tertanya juga lokasi sekolah kami. Sekolah yang terletak di sebuah pekan kecil dan berhampiran dengan klinik serta pasar menjadikan ianya merupakan sebuah sekolah yang terletak pada kedudukan geografi yang baik.

Bagi yang datang dari jauh menggunakan kapal terbang dan singgah di lapangan terbang Sibu. Anda boleh menaiki teksi untuk pergi ke sekolah ini dan ianya akan mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan sahaja.

Bekalan air dan elektrik serta jalan yang berturap menjadikan sekolah ini molek untuk dikunjungi. Berikut merupakan peta kedudukan SK Nanga Pakan di daerah Julau.

Friday, April 29, 2016

Intervensi - Mari Mengenali Huruf

Thanks to Cikgu Juliana atas sumbangan dan inisiatif bagi melengkapkan ruangan prasekolah dalam blog ini. Kita sudah sedia maklum bahawa di peringkat prasekolah kanak-kanak diajar untuk mengenali huruf nombor dan beberapa pengetahuan asas termasuklah pengetahuan dalam penjagaan diri.

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan sekiranya penjaga menyertai mana-mana program tersebut. Banyak cara yang dapat kita gunakan untuk meningkatkan motivasi serta mendorong kanak-kanak untuk terus belajar. Kanak-kanak sememangnya individu yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Pembelajaran menjadi semakin berkesan sekiranya penjaga campur tangan dalam perkembangan mental kanak-kanak.

Aktiviti yang dijalankan di prasekolah ini bukan sahaja menjurus dalam perkembangan mental tetapi fizikal juga. Setelah mengenali huruf kemahiran menulis akan diperkenalkan dan kemahiran ini memerlukan kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor dalam mengawal gerakan tangan serta jemari kecil untuk menghasilkan huruf atau simbol. - Editor

Credits to Cikgu Juliana atas Gambar.

Kem Pemimpin Muda

15 APRIL 2016- Satu kem kepimpinan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah diadakan di peringkat sekolah untuk melatih dan membentuk pemimpin muda.

Program ini adalah dibawah skop PK Hem dan dikendalikan oleh Cikgu Anthony Amin. Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Murid harian di minta untuk bermalam bersama dengan rakan-rakan murid asrama.

Pelbagai aktiviti yang berunsurkan kepimpinan telah diadakan sepanjang program. Pembelajaran abad ke 21 juga telah diterapkan dalam perbincangan dan pembentangan bagi setiap tugasan. Murid-murid juga diperkenalkan dengan etika berpakaian seorang pemimpin ataupun pengawas. Adalah satu kemestian untuk mengajar mereka mengendalikan majlis perhimpunan yang betul menggunakan teknik pengucapan awam yang berkesan.

Semua ilmu yang dipelajari sepanjang program tersebut bukan sahaja bermanfaat pada masa kini tetapi boleh dijadikan bekalan untuk mereka menghadapi alam sekolah menengah dan ke peringkat yang lebih tinggi.

Rata-rata murid / peserta memberi respon yang positif terhadap program sebegini. Mereka berharap lebih banyak program yang berbentuk kepimpinan akan diadakan di sekolah ini dan kumpulan sasarannya tidak semestinya untuk pengawas semata-mata tetapi untuk semua murid.

Mencari harta karun
Perbentangan
Pengucapan awam
Perkongsian ilmu
Bekerjasama dalam satu team
Bersama mentor
Malam penghayatan. Siapa menangis?
Lukisan
Mencari maklumat
Sentiasa gembira
Persediaan persembahan kebudayaan

P&P Pra-Sekolah Menyeronokkan

Ramai yang tidak tahu bagaimana pengajaran dan pembelajaran untuk pra sekolah dijalankan. Rata-rata masyarakat memikirkan bahawa pra sekolah merupakan tempat untuk mendedahkan kanak-kanak dengan pembelajaran berbentuk ilmiah semata-mata.

Kali ini kami ingin berkongsikan satu daripada aktiviti yang dijalankan untuk memberi didikan awal kepada kanak-kanak tentang pemakanan yang sihat. Pengajaran dan pembelajaran kali ini melibatkan makanan dan subjek utamanya adalah sayur-sayuran.

Kita sudah sedia maklum bahawa kanak-kanak tidak gemar memakan sayur-sayuran hijau. Namun dengan beberapa aktiviti yang menyeronokkan kita mampu menarik minat kanak-kanak untuk berdikari menghasilkan makanan sendiri dan memilih untuk memakan makanan yang sihat.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya dirakamkan oleh seorang guru prasekolah SK Ng Pakan.

Credits to: Cikgu Juliana
Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan

Ruangan Kokurikulum

SENARAI TUGAS GPK KOKURIKULUM

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. PENGURUSAN KURIKULUM:
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu.

5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:
5.1 Menyertai kursus kokurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

6. SUKAN DAN PERMAINAN:
6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:
9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. PENGURUSAN KURIKULUM

1.1

Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.

1.2

Melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.

1.3

Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.

1.4

Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.

1.5

Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.

2. KOKURIKULUM : SUKAN, PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB. 

2.1

Merancang takwim permainan setiap bidang.

2.2

Memilih kumpulan peserta elit sekolah.

2.3

Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.

2.4

Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.

2.5

Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.

3PENGURUSAN 

3.1

Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.

3.2

Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum sekolah.

3.3

Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang telah diambil.

3.4

Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.

3.5

Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah.

3.6

Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah.

3.7

Mengurus dan menyelia setiap peralatan kokurikulum.

3.8

Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.

3.9

Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI MURID 

4.1

Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.

4.2

Menganggotai Jawatankuasa Kokurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid.

4.3

Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.

4.4

Menyelaras Kurikulum / Kokurikulum bersepadu.

5. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY)

5.1

Menyertai kursus kokurikulum.

5.2

Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.

5.3

Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

Sumber & Credits:
http://sktmnputraperdana.blogspot.com

Skop Tugas PK-1

Menjadi seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga menjadi seorang pentadbir. Mereka harus mahir dalam menguruskan sumber dalam membangunkan sekolah.


Sumber dan Ceedits:
http://www.semetrik.com

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular