Monday, April 17, 2023

Throwback Minggu Pertama Persekolahan

21 Mac 2023 - Minggu pertama yang di sekolah merupakan minggu yang sangat menarik untuk murid-murid. Murid-murid digalakkan untuk turun ke sekolah dan pelbagai program yang menarik dijalankan. Proses pembelajaran digantikan dengan proses menimba ilmu dengan kaedah yang menyeronokkan.

Setelah cuti yang panjang, murid-murid tidak rasa keberatan untuk meneruskan sesi pembelajaran kerana aktiviti yang menyeronokkan yang dilakukan telah membuatkan mereka berasa seronok dan ingin terus menjalankan pelbagai jenis proses pembelajaran di sekolah. Berikut merupakan antara gambar yang sempati ambil sepanjang minggu pertama persekolahan bagi sesi 2023 / 2024. 














Sunday, April 16, 2023

Program SEGAK

17 April 2023 - SK Ng Pakan sudah mula menjalankan aktiviti berkaitan dengan SEGAK. 
  1. SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.
  1. SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.







Kelihatan guru Tahun 1 Amanah dan 1 Bestari bekerja sama bagi mendapatkan berat serta tinggi untuk murid-murid mereka. 
  1. Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

  1. Objektif SEGAK adalah murid dapat:

4.1        Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.2        Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

4.3        Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.4        Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan

4.5        Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

  1. Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008  yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.  Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:
  1. Pengiraan Indeks Jisim Badan
  2. Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
  3. Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
  4. Ujian Ringkuk Tubi Separa
  5. Ujian Jangkauan Melunjur

 

PELAPORAN SEGAK

 

  1. Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor.  Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK.  Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:

 6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan

 6.2 Keputusan ujian fizikal

 

  1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

 

Taman herba siri-1

5 April 2023 - Taman herba merupakan satu daripada infrastruktur yang ada di sekolah ini. Ianya merupakan tempat untuk menyemai bibit-bibit tanaman dan juga dijadikan tempat pameran tumbuh-tumbuhan.

Pihak sekolah menjadikan ia sebagai satu daripada lokasi yang dapat menarik perhatian murid-murid dan juga pengunjung, pada masa yang sama kita dapat berkongsi kan ilmu berkaitan dengan tumbuh tumbuhan serta pertanian dengan adanya taman herba ini. Jutaan terima kasih kepada semua guru serta komuniti yang terlibat dalam menjayakan Siri pertama untuk program taman herba ini. 











Pada masa yang akan datang, kita mungkin juga menggalakkan ibu bapa untuk membawa tumbuh tumbuhan yang telah ditanam di dalam Pasu masing-masing. Kita juga akan menandakan palsu berkenaan dengan nama penderma dan juga melebelkan ia dengan nama tumbuhan tersebut secara saintifik. Diharap usaha sebegini dapat menambahkan lagi kualiti pendidikan di sekolah. 

Mengurus Taman Herba siri ke-2

12 April 2023 - Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Demikianlah kerja sama dengan semangat yang ada di kalangan komuniti sekolah. Seperti biasa pihak sekolah sentiasa memastikan infrastruktur di sekolah diurus dan diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan yang dijalankan telah dirangka Berdasarkan jadual yang sesuai dengan pegawai terlibat. 





Kelihatan para guru dan AKP dengan bantuan pekerja swasta sedang menguruskan taman herba. 

Mood Raya bersama Murid Asrama

12 April 2023 - Semua murid asrama berserta dengan bimbingan seorang PPM ( En. Shahidan ) meluangkan masa sejenak di tapak perhimpunan sekolah yang telah dihias dengan hiasan bertemakan Hari Raya. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan AKP terutamanya yang beragama Islam, kerana telah meluangkan masa dan mencurahkan bakti dalam menceriakan kawasan perhimpunan sekolah dengan tema yang sesuai dengan perayaan yang bakal disambut kali ini. Sekian. 












Gambar Mesyuarat PIBG 2023 Bil.1

14 April 2023 - Berikut adalah gambar di sekitar Mesyuarat PIBG Bil.1 Tahun 2023. Sebarang maklumat berkaitan dengan persatuan ibu bapa dan guru akan dikongsikan kelab setelah minit mesyuarat di edarkan dalam jangka masa terdekat.














Majlis Penutupan Minggu Transisi

14 April 2023 - Majlis penutupan minggu transisi untuk tahun satu telah diadakan. Semua murid tahun satu telah berjaya menjalankan proses transisi yang menjadikan mereka lebih bersedia untuk menjalankan proses pembelajaran dalam kelas perdana yang mereka sedang duduki sekarang.

Sepanjang minggu transisi yang telah dijalankan selama empat minggu, semua murid telah di ajar tentang norma-norma kehidupan sebagai murid kelas perdana. Mereka diajar dari perkara sekecil menggunakan tandas sehinggalah mengenali tempat-tempat larangan seperti ofis dan juga kawasan yang berbahaya.

Kita berharap mereka akan menjadi murid yang berjaya serta dapat mengadaptasi diri dengan situasi yang mereka hadapi sepanjang proses pembelajaran di dalam kelas perdana.


Kelihatan puan guru besar sedang menyerahkan sijil dan juga hadiah kepada murid tahun satu. 

Guru besar sedang memberi ucapan kepada semua murid tahun satu. 

Kelihatan murid tahun satu Amanah sedang bergambar bersama dengan guru kelas mereka. 

Kelihatan murid tahun satu Bestari sedang bergambar dengan guru kelas mereka. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular