Sunday, January 8, 2023

Amali Sains


Kelas tahun lima Amanah menjalankan Amali sains

Kelihatan cikgu Azri membimbing murid menjalankan Amali. 


Amali merupakan salah satu kaedah untuk menguji serta menilai pelbagai jenis aspek yang berkaitan dengan kemahiran saintifik serta kemahiran manipulatif. Adalah tanggungjawab guru sains untuk melaksana serta menyediakan keperluan yang berkaitan bagi menjayakan Amali bagi setiap kelas yang diajar.

Perbincangan di dalam mesyuarat merupakan antara satu daripada cara bagi mencari kekuatan serta kelemahan, dan akhirnya guru-guru akan mencari intervensi bagi menyelesaikan setiap masalah lalu meningkatkan lagi kualiti pendidikan / pengajaran yang dilaksanakan. 

Murid-murid sangat seronok apabila dibawa menjalankan aktiviti di dalam Makmal. Menjalankan aktiviti di luar kebiasaan merupakan antara sesuatu yang akan meningkatkan motivasi murid-murid. Perkara ini akan menjadi faktor yang penting dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah untuk mengingat sesuatu perkara jika ianya dijalankan dengan kaedah yang menyeronokkan atau kaedah yang baru.

Keselamatan murid-murid merupakan keutamaan semasa menjalankan Amali. Amali sains boleh dilaksanakan di dalam mahupun di luar bilik darjah. Sebagai contoh, guru sains boleh membawa murid-murid berjalan di sekitar taman bunga untuk menjalankan permerhatian. Sebelum menjalankan sesuatu Amali, guru hendak lah memberi terima keselamatan serta menerangkan bagaimana aktiviti pada hari berkenaan dilaksanakan.

Peitup Muka antara kemestian



Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang singgah di dalam blog sekolah ini. Memandangkan jangkitan COVID-19 masih belum lagi reda dan munculnya varian yang lebih merunsingkan, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelitup muka ekstra untuk setiap kelas sekiranya ada murid yang terlupa membawa pelitup muka sendiri.

Murid-murid dinasihatkan / digalakkan untuk menggunakan pelitup muka. Semua mereka juga sering dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pitup muka yang bersih serta dicegah sama sekali untuk berkongsi pelitup muka.

Pintu Baharu Untuk Bilik Isolasi





Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang singgah di dalam blog sekolah ini. Ini merupakan posting pertama untuk tahun 2023. Pihak sekolah telah mengganti pintu bilik isolasi bagi meningkatkan kualiti infrastruktur di sekolah.

Bilik isolasi merupakan bilik yang sangat penting untuk mengasingkan murid yang memiliki gejala berkaitan dengan penyakit berjangkit sebelum pihak berwajib membantu dan bertindak. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular