Wednesday, May 4, 2016

Seronok Memasang Kit

Posted on 6:53:00 AM by Chris Avilla

RBT merupakan antara matapelajaran yang seronok untuk dijalankan. Kali ini murid-murid tahun 4B telah dibimbing untuk memasang kereta mini. Guru telah menyediakan rancangan pengajaran harian yang berkaitan dengan topik dalam buku teks. Murid-murid telah diberi taklimat sebelum ini berkenaan dengan persediaan memasang kereta mini ini.
Guru hendaklah sentiasa mengingatkan murid-murid agar mengamalkan nilai moral sepanjang menjalankan aktiviti. Kerjasama di dalam satu kumpulan sangat penting supaya mereka dapat saling membantu antara satu sama lain. Sememangnya dalam satu kumpulan murid-murid adalah unik dan memiliki tahap yang berbeza.
Murid-murid juga digalakkan untuk mengamalkan nilai kejujuran sepanjang menjalankan aktiviti. Ada kalanya murid-murid yang kerosakan barang atau pun alat mungkin bersikap tidak jujur dan menyebabkan mereka bertindak mencuri alatan rakan yang lain. Sehinggakan mereka tidak jujur apabila ditanya dan diminta menjelaskan punca perselisihan faham dalam satu kumpulan semasa menjalankan aktiviti.
Kekuatan Aktviti
Kekuatan aktiviti sebegini sememangnya dapat meningkatkan motivasi murid-murid di dalam kelas. Pembelajaran seperti ini berunsur bengkel dan dapat menghilangkan rasa jemu murid-murid untuk menghadap buku ataupun papan hitam sahaja. Murid-murid yang bermotivasi untuk belajar akan menjadi lebih cepat faham dan semakin pandai.
Kelemahan
Kekurangan aktiviti sebegini tidak begitu jelas kerana kawalan kelas yang baik sentiasa menjamin kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Mungkin ada di kalangan ibu bapa berfikir kos yang diperlukan untuk pembelajaran sebegini agak tinggi namun harus diingatkan bahawa aktiviti sebegini tidak selalu dijalankan. Adalah bukan satu masalah jika mereka menyumbangkan wang ringgit untuk membantu anak mereka mencapai kegemilangan dan kecemerlangan di sekolah. Sememangnya bahan dan alatan tersebut bukan cikgu yang punya melainkan milik anak mereka dan boleh dijadikan perhiasan sampai bila-bila. Ini bukanlah pembaziran melainkan sebuah pelaburan demi masa depan anak-anak.
Mari kita lihat beberapa keping gambar yang berjaya kita rakamkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini. Tajuk, Kereta Mini 4WD.
Berusaha memasang kereta mini
Manual dan arahan pemasangan
Antara kereta mini yang hampir siap
Bersungguh-sungguh memasang kereta mini

Antara bahagian yang perlu dipasang
Berdikari sendiri
Menumpukan perhatian kerana minat
50 peratus hampir siap
Wajah gembira kerana hampir siap
Model kit yang agak mencabar bagi murid
Memahami arahan manual sebelum memasang
Kotak tidak dibuang dan akan dikitar semula
Bekerja dalam kumpulan
Hampir siap

No Response to "Seronok Memasang Kit"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular