Thursday, August 13, 2020

Tahniah untuk APC

Tahniah diucapkan kepada puan guru besar SK Nanga Pakan kerana telah menerima sijil penghargaan pengurusan dan pentadbiran sekolah terbaik bagi Daerah Julau.








 Selain dari guru besar sekolah kita juga telah menerima tiga lagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tiga orang pegawai. Gambar dari kiri En. Dian anak Karim ( Mantan PK Hem ), En. Anthony Amin ak Seer, Pn. Bernadine Anak Patrick Unyat ( Guru Besar ) dan Cik. Kong Mee Fah ( PPM Pendidikan Khas ) Tahnih diucapkan. 

Monday, August 3, 2020

Galeri kokurikulum

SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikulum yang menarik dan telah diusahakan oleh PK KK bersama dengan teamnya. Berikut adalah beberapa keping gambar galeri Kokurikulum sekolah kami. 
































Poster dan peringatan sekitar sekolah







Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa kini. Kita berharap agar semua warga sekolah dan pelawat sentiasa mematuhi nasihat yang telah diberikan secara lisan mahu pun bertulis, Demi menjaga keselamatan dan tahap kesihatan semua pihak. 

Sunday, August 2, 2020

Cantiknya Stor PJ / Sukan

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha para guru pendidikan jasmani dan kesihatan yang diketuai oleh Cikgu Anthony Amin, stor PJ ini telah direnovasi menjadi lebih ceria. Ini merupakan antara satu daripada hasil program transformasi sekolah 2025, pegawai yang dapat melaksanakan tugas serta program dengan efektif menjadikan sesebuah sekolah semakin menonjol. Sekian. 











Banner dan perasmian Program TS25 ( 2018 )

13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen P.209 Julau.






Warga yang produktif sumber berharga bagi sekolah

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sedang membaca blog SK Nanga Pakan. Warga sekolah yang produktif merupakan satu sumber yang sangat berharga bagi se sebuah sekolah. Setiap kejayaan yang dicapai oleh sesebuah organisasi hanya mampu dicapai dengan adanya kerjasama dan usaha yang tekun dari semua pegawainya. 



Sejak adanya program transformasi sekolah 25 ( TS25 ) Yang telah dimulakan pada 13 Julai 2018 yang lalu, banyak perubahan telah berlaku di peringkat sekolah. Perubahan dari aspek penstrukturan semula organisasi dan juga pasarana sekolah telah membuahkan hasil. 



Bukan sahaja guru malah murid juga menikmati keseronokkan semasa belajar dalam suasana yang harmoni serta menarik. Semuanya ini seiring dengan matlamat program transformasi sekolah 2025. 



Objektif pembelajaran akan mudah tercapai dengan adanya kemudahan serta kepakaran yang mencukupi. Program transformasi sekolah 2025 merupakan satu penggerak pembelajaran yang bermakna. Ia juga mendukung aktiviti serta program pembangunan Sasiah murid.  Pada masa sekarang murid tidak hanya duduk dan mendengar tetapi mereka yang akan menjalankan aktiviti serta Amali dengan bimbingan guru. 



Jika dulu murid hanya duduk dan menulis apa yang guru berikan di hadapan tetapi pada masa kini murid digalakkan untuk mencari sendiri sumber yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka dalami. Pada masa kini murid diberi kebebasan untuk mencari serta mengolah idea yang berkaitan dengan ilmu mata pelajaran yang diajar. 



Pengurusan kelas merupakan sesuatu yang amat penting untuk menjayakan transformasi sekolah 2025.



Panatia matapelajaran juga memainkan peranan yang penting untuk mencari strategi bagi menaikkan lagi prestasi serta kualiti pembelajaran di sekolah. 



Kita berharap program ini semakin hari semakin bercambah serta menampakkan hasilnya. Semuanya ini juga tidak akan berjaya jika tiada sokongan dari para penjaga dan ibu bapa. 






Menjaga tahap kebersihan di sekolah

SK Nanga Pakan sentiasa berusaha untuk memastikan tahap kebersihan berada di tahap yang terbaik. Siap garis panduan dan amalan sepanjang musim wabak COVID-19 ini telah di amalkan dan diikuti. Semua komuniti SK Nanga Pakan bekerja sama dalam mengamal serta mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian. 

Gambar di bawah menunjukkan pihak swasta yang bekerja sama dengan sekolah sedang menjalankan aktiviti pembersihan secara mingguan. 






















Program Transformasi Sekolah 25


SK Nanga Pakan telah memulakan program TS25 sejak tahun 2018. Banyak perubahan telah dijalani sejak perlaksanaan program tersebut. Anda boleh rujuk bahagian Gambar dan Aktiviti untuk melihat antara program yang telah dijalankan di sekolah ini. ( Blog sedang dikemas kini, kami akan update info terkini dari masa ke semasa )
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Kesimpulannya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular