Sunday, November 8, 2020

Perkara yang anda harus tahu. Belanjawan 2021










Klik video di bawah



Ramai yang menyatakan bahawa semua rakyat menerima manfaat dari Belanjawan 2021 kali ini, tambahan pula belanjawan kali ini mengambil kira pelbagai faktor terutamanya sepanjang keberlangsungan kita menghadapi menghadapi wabak yang sedang menular di seluruh dunia kini. Sekian. 


Belanjawan 2021: Pendidikan menerima peruntukan tertinggi



Ketika membentangkan belanjawan 2021, Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian yang mencukupi.

Atas sebab itu, pada tahun depan kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu.

Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan sebanyak RM420 juta dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan.

Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf bangunan dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif.

Manakala bagi sekolah di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baru dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta.

Sementara itu, kerajaan juga memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan.

Baca Lagi di:

https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalam-belanjawan-2021-untuk-sektor-pendidikan/

Pengajaran dan Pembelajaran di rumah

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang singgah di dalam blog SK Nanga Pakan. Sekali lagi negara kita telah melaksanakan PKPB Yang menghendaki banyak sekolah ditutup. Proses PDP tetap diteruskan berdasarkan perancangan telah ditetapkan. Strategi dan kaedah pengajaran sepanjang peristiwa sebegini yang telah dibincangkan di peringkat kementrian telah disebarkan kepada semua guru di seluruh Malaysia. Berikut adalah Manual PdP di Rumah.
















Arahan PKPB mengejut sekolah ditutup


 
Klik Link video di bawah





Semoga penularan wabak Covid dapat dibendung dan menemukan penawarnya. Jangan risau, kementerian telah merangka cara / kaedah untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dari rumah bersama dengan kerjasama ibu bapa. Sekian. 

Tuesday, November 3, 2020

Buku Teks Tahun 2

 


Berikut adalah pautan untuk anda membaca atau muat turun buku teks tahun 2 sahaja. Semoga bermanfaat buat semua yang memerlukan BAHAN rujukan. Dipermudahkan Oleh: Admin ICT / SK Nanga Pakan.

1. BM TAHUN 2 Jilid 1 < klik sini >  BM TAHUN 2 Jilid 2 < klik sini >

2. BI TAHUN 2 < Akan Datang >

3. MT Jilid 1 < klik sini > MT Jilid 2 < klik sini > 

4. MT DLP Jilid 1 < Akan DatangMT DLP Jilid 2 < klik sini >

5. Sains Tahun 2 < klik sini >

6. Pendidikan Islam Tahun 2 < klik sini >

7. PJ PK Tahun 2 < klik sini >

8. Pendidikan Kesenian Tahun 2 < klik sini >

9. Bahasa Arab Tahun 2 < klik sini >

10. Bahasa Cina Tahun 2 < klik sini >

11. Bahasa Tamil Tahun 2 < klik sini >

12. Bahasa Iban Tahun 2 < klik sini >

13. Bahasa Kadazandusun Tahun 2 < kik sini >

14. Bahasa Semai Tahun 2 < klik sini >

15. Pendidikan Moral Tahun 2 < Akan datang >

16. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2 < Akan Datang >


Sumber dan kerjasama: Bumigemilang.com.


Buku Teks Tahun 1

Sunday, October 25, 2020

Ruang bermaklumat











Suasana pembelajaran menjadi lebih bermakna sekiranya bangunan ataupun bilik darjah sentiasa dipenuhi dengan maklumat yang bermanfaat. Konsep pusat sumber di mana-mana merupakan satu konsep yang menarik untuk dijalankan. Konsep ini menekankan agar pelbagai sumber di pamerkan di mana-mana lokasi di sekitar sekolah, bukan hanya dikumpul atau dilonggok di dalam perpustakaan ataupun pusat sumber sahaja.

Sumber Gambar dari Makmal Sains SK Nanga Pakan. 

Sudut Matematik ( DLP )

















Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk mengajar matematik.

Satu lagi usaha murni telah dijalankan bagi memperkasakan lagi program DLP di peringkat sekolah. Satu rak khas untuk mata pelajaran matematik telah disediakan dan ini merupakan satu sumber yang amat berguna kepada murid dan guru yang ingin memanfaatkan bahan-bahan di sini.

Tahniah diucapkan 👍🏻

Lawatan dari Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak


Tuan pengarah sedang diiringi oleh tuan guru besar SK Nanga Pakan. 












Satu lawatan Muhibbah dari Pengarah Pendidikan negeri Sarawak ( Tuan Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus ) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Beliau telah diiringi beberapa orang pegawai dari JPN and dan PPD serta guru besar dari daerah Julau.

Info FB JPN Sarawak:
Lawatan kunjung bantu DLP ke SK Nanga Pakan, Julau. Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Sarawak bersama pasukan Sektor Pembelajaran JPN Sarawak yang diketuai oleh Dr. Les Met.

Link:

DCS Sedang dijalankan









SK Nanga Pakan sedang menjalankan DCS untuk murid Tahun 6 ( 2020 ) 

Info:

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS).

Sunday, October 4, 2020

Throwback gambar sebelum zaman Covid 19


Ini merupakan beberapa keping gambar yang kami rasa menarik untuk dikongsikan bersama disini. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. Namun untuk tahun 2020 ada sedikit berbeza kerana berlakunya penularan wabak yang banyak menggunakan pergerakkan semua pihak, sama-sama lah kita menjaga kesihatan dan membendung penularan wabak ini. sekian. 




Mesyuarat program HIP untuk BI



Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan program berkaitan dengan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Dijangka beberapa program akan diadakan serentak pada satu tarikh yang akan dinyatakan kelak. Setiap program tersebut akan diterapkan penggunaan bahasa inggeris walaupun program berkenaan dikelola oleh KP mata pelajaran berbeza. 

Semakin merisaukan



Kita belum menang lagi. Sebagai masyarakat yang prihatin kita harus berusaha mematuhi setiap arahan serta undang-undang yang telah kerajaan tetapkan bagi melindungi kita dari segala macam ancaman.

Walaupun tiada kematian terkini sejak berlakunya gelombang kedua jangkitan COVID-19, kita harus sentiasa berwaspada dan mematuhi seruan dari kerajaan. 

Warga sekolah sentiasa mematuhi arahan serta Pekeliling yang telah Kementerian sediakan bagi memastikan semua warga sekolah dalam keadaan selamat dan terjaga sepanjang menjalankan tanggungjawab serta menimba ilmu di sekolah ini. 

Thursday, August 13, 2020

Tahniah untuk APC

Tahniah diucapkan kepada puan guru besar SK Nanga Pakan kerana telah menerima sijil penghargaan pengurusan dan pentadbiran sekolah terbaik bagi Daerah Julau.








 Selain dari guru besar sekolah kita juga telah menerima tiga lagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tiga orang pegawai. Gambar dari kiri En. Dian anak Karim ( Mantan PK Hem ), En. Anthony Amin ak Seer, Pn. Bernadine Anak Patrick Unyat ( Guru Besar ) dan Cik. Kong Mee Fah ( PPM Pendidikan Khas ) Tahnih diucapkan. 

Monday, August 3, 2020

Galeri kokurikulum

SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikulum yang menarik dan telah diusahakan oleh PK KK bersama dengan teamnya. Berikut adalah beberapa keping gambar galeri Kokurikulum sekolah kami. 
































KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular