Wednesday, February 15, 2023

Sukan Balapan dan Padang 2022 / 2023 SK Nanga Pakan



















7 - 8 Feb 2023 - SK Nanga Pakan telah mengadakan sukan balapan dan padang di kompleks sukan Pakan. Program sebegini merupakan satu daripada program yang di nantikan oleh semua warga sekolah terutamanya murid-murid.

Program sukan ini telah dihadiri oleh semua warga sekolah dan juga komuniti termasuk juga ibu bapa dan penjaga. Tetamu jemputan yang telah dijemput untuk merasmikan program ini adalah YDP PIBG En. Andrew anak Lawai.

Aktiviti sukan sebegini juga bukan sahaja menyehatkan badan, malah merupakan satu daripada medium untuk mencungkil bakat bagi murid yang berpotensi untuk mewakili sukan peringkat yang lebih tinggi.

Program selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar. Semua pihak sangat berpuas hati dengan pengurusan dan juga prestasi murid yang telah menyertai setiap acara yang dipertandingkan. 

Acara untuk:
Pra Sekolah / PPKI / Tahun 1-6 / Acara Pegawai & Ibu Bapa Penjaga. 


Sekian. 

SK Nanga Pakan

Gotong royong di taman herba







10 Feb 2023 - Guru dan murid bersama-sama bertungkus-lumus mengisi tanah untuk menguruskan bersama taman herba di SK Nanga Pakan. Semua murid tahun lima dan tahun enam telah menyumbangkan tenaga demi mengurus taman herba yang akan diberi fokus dalam program Transformasi sekolah.

Aktiviti sebegini juga, akan menanamkan sikap cinta akan alam sekitar di kalangan murid. Pertanian merupakan satu daripada aktiviti yang dapat menyumbangkan keuntungan serta dijadikan sebagai mata pencarian. Pihak sekolah ingin mengajar murid-murid untuk menghargai bidang kerjaya sebegini dan berfikiran terbuka dalam aspek kerjaya. 

Sekian. 

SK Nanga Pakan. 

Murid Asrama 2022 / 2023 SK Nanga Pakan


PK Hem ( En. Abang Jefri bin Abang Mansor ) Bergambar bersama guru & AKP yang bersama mengurskan bahagian asrama

2 Feb 2023 - Murid asrama sekolah kami cuma seramai 18 Orang. 


Latar Belakang

  • KPM telah menyediakan tempat penginapan yang kondusif dan selamat kepada murid-murid yang kurang berkemampuan serta tinggal jauh daripada sekolah.

Tujuan

  • Kemudahan asrama yang disediakan adalah bertujuan melahirkan insan (murid) yang cemerlang dalam aspek intelek iaitu kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari segi jasmani dan rohani seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kaedah Pelaksanaan

  • Pengurusan asrama harian melaksanakan aktiviti murid berpandukan Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian yang berpandukan kepada Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM.

Pertandingan bilik Stor Sukan Negeri


Kelihatan Guru Besar bersama dengan PK Serta para guru sedang bergambar di depan stor sukan. 

10 Feb 2023 - Sekolah telah menyertai pertandingan stor sukan peringkat negeri Sarawak. Dengan bimbingan KP PJPK ( Pendidikan jasmani dan kesihatan ) kesemua rakan guru yang terlibat telah menguruskan stor ini bersama-sama sejak dulu lagi.

Stor sukan merupakan bangunan yang penting untuk sekolah. Setiap sekolah sememangnya memiliki stor sukan tidak mengira besar atau kecil, cantik atau simple sahaja rekaannya. Inisiatif dan komitmen daripada guru amat penting dalam menjaga serta mengurus sesebuah stor sukan. Walaupun stor sukan merupakan tempat untuk menyimpan Alatan sukan, ia juga harus diurus dari aspek keceriaan termasuk juga aspek keselamatan.

Nantikan gambar lemgkap stor sukan SK Nanga Pakan. Sekian. 

SK Nanga Pakan

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Ng Pakan















15 Feb 2023 - SK Nanga Pakan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2022 / 2023 yang dihadiri oleh para penjaga murid yang terlibat. Tetamu VIP pada hari itu adalah En. Andrew anak Lawai ( YDP PIBG SK Ng Pakan ). 

Majlis berjalan dengan lancar dan semua hadirin juga sangat berpuas hati dengan penganjuran yang sangat selesa serta di sulit dengan beberapa persembahan dari murid. Program sebegini merupakan sebuah program yang sangat penting bagi menghargai murid-murid yang telah menyumbang serta mencapai prestasi yang cemerlang di peringkat sekolah. Kejayaan ini akan menjadi motivasi kepada rakan-rakan yang lain. Para ibu bapa dan penjaga juga boleh mengambil peluang ini untuk berkongsi pandangan untuk membantu satu sama lain bagi meningkatkan prestasi anak-anak.

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sekian. 

AJK:







Gambar selepas majlis. 


SK Nanga Pakan, Julau. 

Menerima guru Pelatih dibawah program PBS





13 Feb 2023 - SK Nanga Pakan telah menerima 2 orang guru pelatih dari IPTAR Kota Samarahan. Mereka menjalankan Program Berasakan Sekolah ( PBS ). Program ini merupakan satu kewajiban untuk setiap guru pelatih yang ingin melengkapkan proses pembelajaran mereka sebelum jadi seorang guru. Mereka akan diberi jangka masa tertentu untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan di sekolah. Melalui ini mereka akan memperoleh pengalaman sebenar yang dipercayai dapat dijadikan sebagai ilmu dalam diri mereka. Program ini juga merupakan landasan untuk mereka menguji teori teori yang telah dipelajari di institut. 

Cikgu Franklin ( Sejarah / PSV ) Mentor: Cikgu Anita
Cikgu Jasmira ( BM / Muzik ) Mentor: Cikgu Siti

Durasi PBS: 13-17 Feb 2023.

Pihak sekolah amat besar hati menerima kedua-dua orang guru pelatih ini dan kami berharap mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di SK Nanga Pakan. Sekian. 

SK Nanga Pakan, Julau. 

Majlis Makan malam PIBG di SK Ulu Manding







15 Feb 2023 - SK Nanga Pakan telah menghadiri Majlis Makan Malam PIBG di SK Ulu Manding. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan. Sememangnya majlis makan malam ini merupakan majlis yang julung kali diadakan di sekolah berkenaan. SK Ulu Manding merupakan sekolah pedalaman di daerah Julau. 

SK Nanga Pakan telah dihadiri Oleh Pn. Guru Besar ( Bernadine anak Patrick Unyat ), YDP PIBG SK Nanga Pakan ( En. Andrew anak Lawai ), AKP dan Ibu Bapa.

Hubungan antara kedua-dua buah sekolah sememangnya sangat baik sejak dahulu lagi. Tahniah diucapkan di atas penganjuran yang gilang gemilang. 

Sumber Gambar:
En. Shahidan

Anggaran jumlah murid untuk sesi 2023 / 2024



16 Feb 2023 - Berikut merupakan anggaran jumlah murid untuk sesi pembelajaran seterusnya. Penafian, jumlah ini bukanlah jumlah yang tepat melainkan anggaran semata-mata sebagai panduan kepada kita untuk melihat jumlah murid bagi setiap kelas. Sebarang perpindahan yang akan berlaku kelak akan mempengaruhi jumlah yang telah di senaraikan seperti di bawah. 

Bilangan murid sesi 2023/2024
1A = 19
1B = 18
2A = 17
2B = 18
3A = 15
3B = 16
4A = 19
4B = 19
5A = 18
5B = 18
6A = 24
6B = 25
PPKI = 4

Sumber:
Unit Hem SK Nanga Pakan

Sesi Bergambar penamat 2022 / 2023













16 Feb 2023 - Sesi bergambar 2022 / 2023. Sekolah mengadakan sesi fotografi bersama dengan semua Guru & AKP beserta murid-murid. Proses penggambaran ini telah dikendalikan oleh Encik Shahidan yang dibantu oleh unit pengurusan sekolah. Aktiviti sebegini merupakan antara keperluan bagi melengkapkan dokumentasi pada tahun semasa. 

SK Nanga Pakan, Julau

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular