Thursday, August 3, 2017

Cabaran Guru Abad ke-21. Oleh Dr. Aminudin Mansor. 

Jika diteliti, peranan guru dalam abad memang mencabar. Guru hendaklah memberi komitment tinggi demi menggalas tugas sebagai pendidik dan juga pembimbing murid.  Selain sebagai pendidik dan pengajar guru juga perlu menjadi pemudahcara. Ini adalah penting untuk meningkatkan dan menyemai kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Senario ini membuktikan bahawa guru melaksanakan tugas tanpa had waktu sebagai pendidik. Cabaran guru pada masa kini sememangnya sangat besar bezanya jika dibandingkan dengan guru pada masa dahulu.  Untuk melaksanakan pendidikan tanpa had masa guru dan murid boleh berhubung menggunakan media sosial untuk meneruskan pengajaran dan pelajaran. Dengan adanya Frog VLE, Pembelajaran berbentuk Virtuals dapat dilaksanakan bila-bila masa sahaja.  Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda diutamakan.  Sesungguhnya menjadi guru pada abad ke-21 memang hebat dan sangat mencabar. Namun dengan ilmu pengetahuan dan latihan kemahiran mendidik yang tinggi, kita hendaklah yakin bahawa guru kita mampu memikul amanah untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular