Sunday, October 25, 2020

Ruang bermaklumat











Suasana pembelajaran menjadi lebih bermakna sekiranya bangunan ataupun bilik darjah sentiasa dipenuhi dengan maklumat yang bermanfaat. Konsep pusat sumber di mana-mana merupakan satu konsep yang menarik untuk dijalankan. Konsep ini menekankan agar pelbagai sumber di pamerkan di mana-mana lokasi di sekitar sekolah, bukan hanya dikumpul atau dilonggok di dalam perpustakaan ataupun pusat sumber sahaja.

Sumber Gambar dari Makmal Sains SK Nanga Pakan. 

Sudut Matematik ( DLP )

















Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk mengajar matematik.

Satu lagi usaha murni telah dijalankan bagi memperkasakan lagi program DLP di peringkat sekolah. Satu rak khas untuk mata pelajaran matematik telah disediakan dan ini merupakan satu sumber yang amat berguna kepada murid dan guru yang ingin memanfaatkan bahan-bahan di sini.

Tahniah diucapkan 👍🏻

Lawatan dari Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak


Tuan pengarah sedang diiringi oleh tuan guru besar SK Nanga Pakan. 












Satu lawatan Muhibbah dari Pengarah Pendidikan negeri Sarawak ( Tuan Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus ) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Beliau telah diiringi beberapa orang pegawai dari JPN and dan PPD serta guru besar dari daerah Julau.

Info FB JPN Sarawak:
Lawatan kunjung bantu DLP ke SK Nanga Pakan, Julau. Haji Abang Mat Ali bin Abang Masagus, Pengarah Pendidikan Sarawak bersama pasukan Sektor Pembelajaran JPN Sarawak yang diketuai oleh Dr. Les Met.

Link:

DCS Sedang dijalankan









SK Nanga Pakan sedang menjalankan DCS untuk murid Tahun 6 ( 2020 ) 

Info:

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS).

Sunday, October 4, 2020

Throwback gambar sebelum zaman Covid 19


Ini merupakan beberapa keping gambar yang kami rasa menarik untuk dikongsikan bersama disini. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. Namun untuk tahun 2020 ada sedikit berbeza kerana berlakunya penularan wabak yang banyak menggunakan pergerakkan semua pihak, sama-sama lah kita menjaga kesihatan dan membendung penularan wabak ini. sekian. 




Mesyuarat program HIP untuk BI



Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan program berkaitan dengan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Dijangka beberapa program akan diadakan serentak pada satu tarikh yang akan dinyatakan kelak. Setiap program tersebut akan diterapkan penggunaan bahasa inggeris walaupun program berkenaan dikelola oleh KP mata pelajaran berbeza. 

Semakin merisaukan



Kita belum menang lagi. Sebagai masyarakat yang prihatin kita harus berusaha mematuhi setiap arahan serta undang-undang yang telah kerajaan tetapkan bagi melindungi kita dari segala macam ancaman.

Walaupun tiada kematian terkini sejak berlakunya gelombang kedua jangkitan COVID-19, kita harus sentiasa berwaspada dan mematuhi seruan dari kerajaan. 

Warga sekolah sentiasa mematuhi arahan serta Pekeliling yang telah Kementerian sediakan bagi memastikan semua warga sekolah dalam keadaan selamat dan terjaga sepanjang menjalankan tanggungjawab serta menimba ilmu di sekolah ini. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular