Wednesday, May 4, 2016
Buat apa tu? Kisah Pondok kecil
Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau YBB 6204.
Jika diimbau kembali zaman kita kecil kecil dahulu. Bermain di bawah pondok kecil sememangnya amat menyeronokkan apalagi bila kita bermain masak-masak sehinggakan kita sendiri memainkan watak orang dewasa ibarat suami dan isteri. Telatah bermain masak-masak ini merupakan satu daripada proses pembelajaran yang kita sebut lakonan dan main peranan.
Saya teringat suatu ketika dahulu semasa bermain masak-masak saya sering memainkan watak sebagai seorang suami yang balik dari kerja. Rakan saya yang seusia pada waktu itu memang seronok mengutip serangga termasuklah ulat gonggok untuk dijadikan bahan masakan olok-olok. Yang pasti pada waktu itu kami memang menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa perantaraan sewaktu bermain. Mungkin agak terbawak-bawak cerita drama bersiri pada waktu itu. Maklumlah Astro belum lagi wujud, tiada channel cerita cartoon pada waktu itu.
Baiklah berbalik kepada tajuk diatas. Sekolah ini seperti sekolah di dalam taman kerana banyak bunga dan juga pondok yang cantik. Murid-murid pada zaman kini tidak lagi menggunakan pondok untuk bermain masak-masak atau pun berlakon menjadi suami isteri semasa bermain. Kini mereka lebih selesa berdamping dengan smartphone dan di sanalah pembelajaran mereka berlaku.
Berbeza dengan gambar dibawah, pada waktu rehat murid-murid akan berkumpul di sekitar kawasan sekolah terutamanya pondok kecil untuk duduk bersama dan makan bersama. Adakalanya saya terlihat mereka berkongsi lauk. Dalam hati ini terdetik juga ingin kembali ke zaman kanak-kanak dahulu kerana waktu itu kita belum lagi berpegang kuat dengan perasaan mementingkan diri sendiri berbeza dengan kanak-kanak yang diibaratkan kain putih.
Sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah yang selamat dan aman. Murid-murid bebas untuk menikmati keluasan ruang dan keindahan panorama sekolah. Kita yakin bahawa murid-murid yang gembira merupakan individu yang mudah untuk menangani stres. Individu yang tidak stres menjadikan diri mereka lebih tahan lama untuk menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang semakin mencabar. Sekian.
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
No Response to "Buat apa tu? Kisah Pondok kecil"
Leave A Reply