Sunday, November 27, 2016

Suasana di majlis kecemerlangan

24 November 2016 - Satu majlis kecemerlangan dan graduasi telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Sekolah telah menjemput ibubapa dan penjaga murid untuk merayakan hari yang gilang-gemilang tersebut. Kehadiran mereka pada hari tersebut adalah diluar jangkaan. Tambahan pula pada tahun ini majlis tersebut telah diadakan hampir menyerupai majlis convocation peringkat universiti. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya lensa kami rakamkan.

Graduasi Murid Tahun 6

Satu majlis graduasi telah diadakan untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang telah menamatkan zaman persekolahan mereka pada peringkat sekolah rendah.

Kita mendoakan agar perjalanan mereka ke peringkat sekolah menengah menjadi lebih indah dan penuh warna. Semoga segala ajaran dan nasihat sepanjang berada di sekolah rendah terus diamalkan diperingkat yang lebih tinggi.

Tidak lupa juga di ucapkan takniah bagi mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Bagi yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan putus asa dalam meneroka kebolehan dan potensi yang ada.

Thanks to.
Cikgu Jamot Guru kelas 6A
Cikgu Bunya Guru kelas 6B

Wajah Graduasi si kecil Pra Sekolah

Tidak terasa masa telah berlalu dan akhirnya saat yang penuh makna bagi penjaga dan juga si kecil akhirnya tiba. Satu Majlis graduasi Pra Sekolah telah diadakan pada hari khamis yang lalu di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Cikgu Jue telah mencurahkan 100% komitmen untuk mendidik mereka sehinggalah tiba hari yang bermakna ini. Takniah diucapkan.

Friday, November 25, 2016

Izinkanku terbang lebih jauh

Retak tika suku usia,
Dijaga dibelai didikmu cikgu,
Sekelip terasa kita bersama.

Marahmu tanda cinta,
Geramu bakal ku rindu,
Tegur dan pujimu bergema,
Menjadi dinding duniaku.

Agar langkah ini tak terberai,
Tidak menjerumus kelam,
Hindari dosa,
Jiwa remaja.

Izinkan aku terbang,
Meraih gelaran baru,
Dulu kau seru daku "murid",
Kelak "pelajar" geranganku,
Suatu kelak "mahasiswa" gengamanku.

Izinkanku bekukan kisah kita,
Larut dalam air mata,
Gembira atau sedih,
Hanya aku yang sedar.

Gema rasa di ronga dada,
Izinkan aku terbang,
Doakan butiran impian,
Walaupun ia cuma persinggahan.

Nukilan
Chrisroyston
aku-lazy.blogspot.com

Wednesday, November 23, 2016

Sejenak Suasana Hari Kecemerlangan

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan beberapa keping gambar menunjukkan suasana di pagi hari khamis hari kecemerlangan di sekolah kami. Sekian.

Friday, November 18, 2016

Lawatan ke Belawai

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca. Sekolah kami telah mengadakan lawatan ke Belawai. Seramai 45 orang murid tahun 6 telah menyertai lawatan tersebut. Kontijen tersebut telah diiringi oleh kesemua guru matapelajaran mereka dan juga beberapa orang pegawai yang lain.

Matlamat utama lawatan ini adalah untuk menambahkan lagi pengalaman murid-murid terhadap dunia luar. Murid-murid berasa seronok dan berpeluang untuk menimba pengalaman yang baru. Mereka juga didedahkan dengan ruang lingkup pengurusan dalam menjayakan sesuatu program.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada JPN negeri Sarawak kerana telah meluluskan aktiviti ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan kerana telah menaja pengangkutan dan penginapan untuk kontijen lawatan ini.

Model ala2 Fasha Sanda.
Peluang bermain
Tak pernah main di tepi pantai
Bersama rakan
Menangkap ketam?
Wow..

The only 6A di Daerah Julau

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. 17 november 2016 merupakan satu tarikh yang amat manis buat semua warga Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan kerana kita mampu menghasilkan satu-satunya calon 6 di daerah Julau.

Takniah diucapkan kepada adik Fahmi yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. ( Anak Cikgu Azrie dan cikgu Jue - Takniah diucapkan kepada keluarga beliau )

GB mendapat penghargaan dari Tuan PPD Julau
Cikgu Bernadine menerima penghargaan dari Tuan PPD Julau.
Apakah di dalam sampul itu?!

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular