Thursday, June 23, 2016

Jangan Sekadar Berharap

Salam sejahtera kepada semua yang membaca ruangan kali ini di dalam blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau ( YBB 6204 ). Setiap sekolah sememangnya ada target untuk mencapai kecermelangan dalam UPSR di peringkat daerah masing-masing. Untuk mecapai matlamat tersebut kita tidak boleh menyerahkan 100% usaha kepada guru tahun 6 tahun semasa. Ia juga merupakan tanggungjawab guru Tahap 1 dan Tahap 2.

Seharusnya murid-murid sudah menguasai asas kemahiran menulis, membaca, mengira dan berfikir selepas menamatkan zaman Tahap 1 mereka. ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana sepanjang Tahap 2 iaitu sepanjang mereka berada dalam Tahun 4, 5 dan 6, mereka menjalankan P&P yang berkonsepkan orentasi UPSR. Mereka mempelajari format dan teknik sepanjang tahap tersebut bukannya baru sahaja hendak belajar membaca suku kata atau membina ayat.

Tanggungjawab tersebut bukan sahaja terletak pada bahu guru tetapi pada ibu bapa serta penjaga. Mereka hendaklah memastikan anak-anak mereka sentiasa mendapat keperluan yang mencukupi sepanjang zaman persekolahan mereka. Ibu bapa dan penjaga juga digalakkan untuk menemani anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah serta membimbing mereka menjalankan ulang kaji di rumah. Ini bukan sahaja mengukuhkan pengetahuan murid-murid sahaja malah dapat membantu mereka mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Janganlah kita cuma memberi perhatian kepada anak-anak apabila dipanggil ke sekolah gara-gara kes disiplin. Berikanlah perhatian kepada mereka bermula di dalam rumah. Sememangnya sikap dan komitment anak-anak di sekolah adalah hasil didikan dan tabiat yang mereka pelajari di rumah.

Kita tidak mahu sekadar berharap. Kita akan berusaha dan menjalankan banyak kolaborasi bersama dengan PIBG untuk mengapai matlamat ini. Setiap analisis yang dijalankan hendaklah disusuli dengan program intervensi yang dapat mengukuhkan dan mengayakan mereka, yang cermelang, malah memulihkan mereka yang lemah dalam tajuk ataupun kemahiran matapelajaran berkenaan. Sekian.

Monday, June 13, 2016

Menamatkan Penggal 1 dengan penuh warna

Setiap sekolah sememangnya memiliki program dan takwim yang sesuai dengan suasana dan keperluan setempat. Penulisan kali ini dikaryakan untuk menghargai dan mengenang semula beberapa minggu terakhir sebelum tamatnya penggal pertama tahun 2016. Berikut merupakan beberapa keping gambar yang kami kongsikan.

Program yang melibatkan daerah sarikei yang dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan.
Kehadiran pegawai dari PPD Julau mewarnai program.
Menyampaikan nasihat dan galakkan kepada peserta minggu bahasa
Sambutan hari lahir guru besar. GB berbaju Putih.
Sukaneka yang dijalankan di sekolah
Pegawai yang bekerjasama menjayakan setiap program
Selamat hari guru diucapkan kepada semua
Pentas yang cantik seperti cikgu-cikgunya.

Komik lucu Isu Pendidikan ( 5 Gambar )

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh seorang pengkarya tanah air. Karya beliau diilhamkan oleh isu pendidikan di negara kita. Tidak salah untuk kita senyum sejenak dan berfikir lebih dalam tentang persoalan yang ditimbulkan walaupun ianya berunsur kecindan.

Sumber: Google
Penulis / pelukis: Rujuk Gambar

Memulakan penggal ke 2

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Diharapkan anda yang sedang membaca ini sihat walafiat dan ceria sentiasa. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa bagi yang menjalankan ibadah puasa. Kepada murid murid pula kami ucapkan selamat memulakan sesi pembelajaran untuk penggal kedua.

Pejam celik mata kita tidak terasa sudah tiba bulan jun. Beberapa minggu lagi hari raya pula bakal tiba. Kita warnai penggal kedua dengan coretan pelbagai kisah. Setelah bertungkus lumus sepanjang penggal pertama dengan pelbagai program maka tibalah bulan-bulan yang terakhir pada penggal kedua kita menjurus kepada persediaan UPSR.

Kita harapkan semua proses pengajaran dan pembelajaran untuk penggal kedua ini berjalan dengan lancar dan sentiasa diberkati. Kita mendoakan kesihatan semua pegawai dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan sentiasa dalam keadaan tip top. Jika segalanya berjalan dengan lancar kita percaya pencapaian sekolah ini dapat menyumbang dalam memenuhi sasaran pencapaian di peringkat daerah.

Akhir kata marilah kita berganding tangan dan lengkap kan bulan-bulan yang terakhir ini dengan niat bekerja penuh komited dan penuh dengan senyuman, sekian.

Sunday, June 5, 2016

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Salalam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Hari ini merupakan hari yang amat indah dan penuh berkat bagi saudara kita yang beragama Islam kerana inilah hari pertama untuk sebulan yang seterusnya ibadah puasa dimuliakan dan dijalani. Selamat berpuasa diucapkan dan selamat menjalankan tanggungjawab semasa minggu ke 2 cuti persekolahan.

Walaupun bercuti,namun guru Tahun 6 menjalankan kelas bimbingan sepanjang minggu ini. Kita doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dirahmati. Hanga tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum UPSR menjelma. Kita berharap agar semua usaha selama ini membuahkan hasil. Sekian.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular