Monday, May 30, 2016

Selamat hari Gawai Dayak

Cuti sekolah sudah menjelma dan kami dari warga Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan ingin mengucapkan selamat hari Gawai Dayak kepada semua.

Kita sering mengingatkan murid-murid agar tidak melupakan buku semasa bercuti. Sememangnya waktu bercuti itulah merupakan waktu yang paling baik untuk berkongsi pengalaman dan bermesra bersama dengan penjaga. Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja tetapi pembelajaran yang paling berkesan terjadi di peringkat institusi kekeluargaan.

Kami mendoakan semua warga sekolah yang bercuti mahupun yang bertugas sepanjang dua minggu ini berada di dalam keadaan yang selamat. Marilah kita memanfaatkan waktu ini dengan sebaik-baiknya. Bercermin diri dan menjalankan sedikit refleksi semasa cuti, amat membantu kita dalam memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti kehidupan. Sekian.

Wednesday, May 18, 2016

Bila Alvin jadi juru gambar

Inilah yang terjadi jika kanak-kanak di bawah umur bermain dengan gajet telefon pintar. Berikut merupakan hasil selfie beliau. Tersenyum sendiri editor melihat telatah murid-murid apabila mendapati beberapa keping gambar di dalam telefon ini adalah hasil tangkapan beliau. Terima kasih kerana bantu cikgu ambil banyak gambar.

Sambutan hari guru

16 Mei 2016 - Guru Pembina Negara Bangsa. Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau telah menyambut hari guru pada hari Isnin yang lalu. Semua komuniti sekolah termasuk juga ibu bapa dan penjaga ( PIBG ) menyertai program ini.

Sebagaimana sekolah yang lain, sebagai formaliti satu perhimpunan diadakan. Perutusan dan ikrar merupakan perkara yang biasa kita dengar pada waktu perhimpunan. Lagu Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang juga menjadi penyeri pagi yang indah pada hari guru. Tidak lupa juga persembahan dari murid kepada guru diikuti dengan acara berjabat tangan dengan guru.

Renggangan dan senaman memanaskan badan dijalankan selepas waktu rehat. Sukaneka ringan diadakan selepas aktiviti memanaskan badan. Kali ini murid-murid tahun 6 dibantu oleh pengawas mengelola sukaneka untuk guru-guru dan semua komuniti.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang berjaya diambil semasa sambutan hari guru di sekolah kami.


Gambar: Cikgu CathManih

Acara memecahkan kelapa menggunakan kepala hahahaha
Guru besar yang penuh semangat
Pembacaan ikrar hari guru
Satu-satunya kumpulan yang ada lelaki tinggi ala ala artis korea
YDP PIBG bermain boling kelapa
Acara makan limau masam
Possing ular tedung
Telur angsa didalam lengan rahsia kemenangan
Dapatkah anda membayangkan masamnya limau itu
Sopan dan simple gaya mereka
Kumpulan ular tedung kedua
Senaman yoga yang paling berkesan untuk lelaki hensem berjanggut
Do re mi 3 orang sahabat
Suspennya muka

Tuesday, May 17, 2016

Minggu Ujian 23 Mei 2016 ( Jadual )

Tidak lama lagi minggu ujian akan berlangsung. Jadual telah diedarkan ke setiap kelas dan guru juga telah menyiapkan kertas-kertas soalan ujian. Minggu ujian tersebut juga menjadi penanda aras kepada semua calon UPSR kerana ujian percubaan kedua bakal menguji tahap penguasaan mereka dalam setiap matapelajaran teras.

Ujian juga merupakan orientasi kepada semua calon untuk membiasakan diri dengan format ujian yang terkini. Berikut merupakan jadual peperiksaan bulan Mei Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan Julau.

Gambar hiasan
Jadual ujian bulan Mei

Pra Tonton bercerita si comel

18 Mei 2016 - Satu pratonton pertandingan bercerita dari wakil sekolah telah diadakan di  sebaik saja pertandingan berpidato peringkat daerah Julau tamat. Adik Alvian merupakan wakil dari sekolah ini ( SK Ng Pakan ) dan beliau membawakan sebuah cerita kanak-kanak tahap 1.

Pertandingan bercerita peringkat bahagian sarikei yang melibatkan 3 PPD akan diadakan pada 19 Mei 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua peserta dari sekolah serata bahagian jajahan Sarikei. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk peserta pertandingan bercerita. Sekian


Sumber gambar: En.Lukman

Friday, May 13, 2016

HFMD ancaman kesihatan kanak-kanak

HFMD atau dikenali sebagai Hand Foot and Mouth Disease ancaman yang amat merbahaya kepada kanak-kanak. Berikut merupakan sedikit penerangan yang diperoleh dari laman web kementerian kesihatan.

" Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii)Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.

Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my. "

Sumber:
http://www.moh.gov.my

Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan sentiasa menjalankan pemeriksaan rutin di kalangan anak-anak kecil sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari. Sekolah merupakan tempat yang mudah untuk berlakunya penyebaran pelbagai jenis penyakit yang mudah berjangkit. Pegawai di sekolah ini sentiasa memantau tahap kesihatan murid-murid agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Berbaris untuk pemeriksaan
Pegawai menjalankan tanggungjawab
Antara aktiviti yang berkaitan dengan penjagaan diri
Didikan bukan sahaja dalam bentuk akademik
Murid diajar untuk menjaga kebersihan diri
Murid yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri, merupakan murid yang cerdas dan mampu mencapai prestasi tinggi di dalam kelas.


Sumber gambar:
Cikgu Pudai

Saturday, May 7, 2016

Sekolah Sebagai Pusat Mengundi Pakan Sarawak

7 Mei 2016- Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan telah menjadi pusat mengundi untuk kawasan Pakan. Suasana terkawal dan semua pengundi telah dibimbing dengan baik oleh petugas petugas di lokasi.

Cuaca yang panas tidak menghalang pengundi yang datang dari jauh untuk terus beratur namun kemudahan di sekolah ini telah menyediakan keselesaan untuk mereka yang datang mengundi.

Tiada kerosakan harta benda telah berlaku di sekolah ini. Sekolah masih dalam keadaan bersih, cuma gotong royong yang mudah perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi menyusun semula kedudukan meja dan kerusi di dalam kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti biasa pada hari isnin nanti.

Laluan pejalan kaki beratap dan payung telah disediakan untuk memberi keselesaan kepada pengundi yang datang ke sini. Pn. Bernadine selaku guru besar Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan telah banyak membantu dalam memudahkan pengurusan pegawai yang ditugaskan di sekolah ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hari yang bersejarah ini. Sekian.

Suasana di bawah blok pentadbiran 
Cuaca yang panas sepanjang hari 
2 dari kanan kelihatan guru besar sedang memantau kelancaran aktiviti mengundi 
Senyum mesra pegawai yang bertugas 
Pakcik menggaru kepala 
Berbaris menunggu giliran 

Wednesday, May 4, 2016

Untuk mengundi

5 Mei 2016- Aktiviti mengemas bilik darjah yang digunakan untuk mengundi pada hujung minggu ini telah dijalankan. Guru kelas dan pegawai yang lain saling tolong-menolong untuk menyediakan tempat mengundi. Hanya dewan makan sahaja tidak dapat dikemas buat masa ini kerana masih digunakan oleh murid-murid untuk makan tengah hari ini.

PK1 dan PK Hem telah melaksanakan tugas dengan amat baik dengan merangka pergerakan pegawai sepanjang hari ini apa lagi apabila dua aktiviti utama iaitu program menyerahkan wang bantuan Klik-( http://skngpakan.blogspot.my/2016/05/suasana-agihan-bantuan.html?m=1) dan mengemas kelas diadakan serentak.

Tidak lupa juga kepada guru besar yang sentiasa memantau aktiviti sekolah dan membimbing pihak pengurusan untuk mengelola semua program walaupun beliau agak sibuk dengan urusan rasmi di luar sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada angkatan pengawas Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, tahniah diucapkan kerana telah berjaya membantu guru mengawal pergerakkan murid-murid dari kelas ke kelas. Sekian.

Suasana Agihan Bantuan

5 Mei 2016 - Tiga agihan yang akan diberikan pada hari ini telah menarik ramai pelawat terutamanya dikalangan ibu bapa ke sekolah ini.

◎ Bantuan khas awal persekolahan
◎ eKasih Tahun 2-6
◎ eKasih peringkat akhir 2015

Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga mahupun penjaga untuk membekalkan keperluan kepada anak-anak sepanjang proses pendidikan mereka di sekolah ini.

Harus kita ingatkan bahawa bantuan ini bukanlah untuk kepentingan peribadi penjaga semata-mata. Maksud kepentingan peribadi ini menjurus kepada pembelian alat mahupun bahan yang tiada kena mengena dengan keperluan anak-anak. Seperti membeli minuman keras atau digunakan untuk berjudi.

Pihak sekolah yakin dan percaya kepada penjaga kerana di sini rata-rata komunitinya adalah terdiri daripada golongan yang berpendidikan dan memiliki mentaliti yang baik. Kita mendoakan semoga  bantuan yang sedikit ini dapat meringankan beban mereka.


★★★★★★★★★★Editor:★★★★★★★★★★


Saya pernah mendengar cerita daripada seorang bapa yang menggunakan wang tersebut untuk memulakan perniagaan menjual sayap ayam panggang di tepi jalan. Daripada wang beberapa ratus ringgit itu beliau telah berjaya menggandakan pendapatan beliau sehingga mampu menjana pendapatan sekitar satu ribu lima ratus ringgit Malaysia. Kini anaknya mampu memiliki baju dan beg baru serta alatan belajar yang mencukupi.

Hebat... mentaliti keusahawanan ini yang kita mahu dan kerajaan sentiasa cuba menerapkan pemikiran sebegini di sekolah melalui kurikulum bersepadu dengan menerapkan unsur keusahawanan pada usia muda murid-murid.

Cikgu Habibah PK Hem membimbing Cikgu Wendy Ak Juna.
Check Nama
Menyemak nama
Beebaris ya.
Suasana di bawah blok pentadbiran.

Perhimpunan dan senyuman sang juara

4 Mei 2016- Perhimpunan hari ini telah diserikan lagi dengan program menyerahkan hadiah kepada pemenang pertandingan kuiz peringkat sekolah dan pemenang pingat yang telah mendapat tempat semasa sukan yang lalu.
Hadiah tersebut telah disampaikan oleh guru besar Sekolah Kebabgsaan Nanga Pakan, Julau. Pn. Bernadine, telah memberikan kata-kata semangat dan berharap semoga kita melakukan yang lebih baik untuk masa yang akan datang.
Perhimpunan bukanlah tempat untuk menyampaikan maklumat semasa tetapi juga peluang untuk kita memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid yang menyumbang kepada sekolah. Murid-murid yang mengharumkan nama sekolah hendaklah dihargai supaya menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain. Murid-murid yang lain akan melihat mereka sebagai role model dan contoh bagi mereka. Sekian.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular