Tuesday, April 18, 2017

Persediaan ke Perkemahan Pengakap

19 April 2017- Satu perkemahan pengakap akan diadakan di SK Ng Engkamop, Julau. Seramai 8 orang pengakap yang akan menyertai perkemahan ini dan mereka akan diiringi oleh 3 orang guru pengiring. Perkemanahn ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam mulai hari ini.  Objektif perkemahan ini adalah untuk ujian lencana peringkat sekolah rendah. Pegawai dari PPD Julau dan Exco tertinggi pengakap ada menghadiri dan menjadi penilai ujian tersebut. Sekian. 

Saturday, April 15, 2017

Selamat Jalan Cikgu Habibah

Seorang guru yang penyayang dan seorang PK Hem di SK Ng Pakan, siapa yang tidak mengenali beliau. Cikgu Habibah adalah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di pekan Pakan. Beliau banyak berurusan dengan ibu bapa dan penjaga memandangkan Beliau merupakan guru penolong kanan hal Ehwal murid. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun. Keakraban beliau dan kemesraan beliau tanpa mengira individu sama ada mereka ataupun guru dan juga komuniti di sekitar sekolah ini telah menjadikan beliau mendapat gelaran "ibu" bagi sesetangah orang di sini.  "Jaga diri hiasi peribadi" dan "betulkan yang salah dan biasakan yang betul" merupakan tagline beliau setiap kali menamatkan ucapan. Sememangnya Pemergian beliau akan dikenang sepanjang masa. Sumbangan dan kenangan yang telah dikongsikan sentiasa mekar di dalam memori warga sekolah. Kita mendoakan kecemerlangan beliau semakin menyerlah di tempat baru. Usia bukanlah penghalang jika kita ikhlas berbakti. Sekian. 

Tuesday, April 4, 2017

Pra Tonton Peserta Karaoke

Semoga berjaya buat adik Masitah. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang terlibat.
 

Suasana perhimpunan minggu pertama April

PK KK - Banyak program akan diadakan pada bulan April. Antaranya pertandingan karaoke, bola jaring dan bola sepak. Mohon semua bersedia. Pakaian unit beruniform hendaklah sesuai dan lengkap pada hari Rabu

PK Hem - Jaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri. Jaga juga kebersihan alam sekitar. Pihak sekolah mendengar ada berlakunya kecurian di asrama. Mohon semua murid lebih berdisiplin dan jangan mencuri. Tiap minggu bulan april tahun ini adalah minggu balik kampung. Kerana ada Good Friday. Isnin yang akan datang juga cuti peristiwa Easter Monday. Minggu ketiga April juga adanya cuti umum sempena pertabalan Agong. Jaga diri hiasi peribadi. Biasakan yang betul dan betulkan yang salah.

 
PK1 -  Keputusan ujian telah disahkan dan keputusan akan dicetak dan diedarkan. Adanya peningkatan untuk AR1. Tingkatkan prestasi. AR2 akan diadakan pada ujian pertengahan tahun iaitu pada 15 Mei 2017. Mohon semua bersedia. Guru sediakan soalan murid sediakan diri. Cuti pertengahan tahun selama 2 minggu, minggu pertama adalah cuti. Minggu kedua ada kelas bimbingan. Semua murid tahun 6 wajib hadir.

 
Bacaan teks pidato oleh cikgu Amin. Negaraku di sinilah segalanya. 

Monday, April 3, 2017

ABM 

Setiap sekolah sememangnya memiliki alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh setiap panatia matapelajaran. Alat bantu mengajar ini amat menarik juga dijadikan sebahagian daripada bahan mengajar. Murid murid gembira apabila guru mereka dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik. Setiap sekolah juga harus memiliki satu ruangan khas sama ada di dalam bilik guru ataupun pusat sumber dan juga di dalam kelas untuk menempatkan ABM ( Alat bantu mengajar ). Sekian. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular