Saturday, September 24, 2016

Berkarya menggunakan bahan terpakai

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Pada masa sekarang guru bukan sahaja menjalankan tugas sebagai pendidik tetapi menjalankan tugas sebagai seorang pengkarya. Sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seseorang guru itu biasanya mengeksperimentasi sesebuah aktiviti untuk menguji kesesuaian nya di dalam kelas. Adakalanya aktiviti tersebut arahnya terlalu tinggi dan memakan masa yang telah ditetapkan.

Adalah amat penting untuk seseorang guru itu untuk memastikan aktiviti tersebut sesuai untuk murid dan bahannya mudah didapati. Menggunakan bahan terpakai merupakan satu alternatif dan juga sesuatu yang menyokong kelestarian sesebuah sekolah. Bahan terpakai tidak semestinya masuk ke dalam tong sampah tetapi boleh menjadi sesuatu yang berharga dan juga bermakna.

Lin Evola-Smidt dari Los Angeles telah menghasilkan karya dari sampah dan ia telah dipamerkan dalam beberapa pameran ternama. Banyak lagi pengkarya yang mencipta karya daripada sampah dan menempa nama dalam dunia kesenian. Aliran seni visual kini tidak lagi tertakluk kepada sebuah karya yang mempamerkan estetika yang memiliki unsur realism. Seni naif dan seni abstrak juga menguasai dunia sehinggakan titisan air dan karya percikkan cat dapat dijual pada harga jutaan ringgit.

Guru harus membuka minda untuk mencipta karya dan juga alat bantu mengajar daripada sampah. Ia bukan saja mengurangkan kos tetapi kita dapat memanfaatkan bahan terpakai serta melestarikan sesebuah sekolah. Sekian.

Gambar Karya:
Cikgu Wendy anak Juna.
Kelas Tahun 5B.

Thursday, September 22, 2016

Jom balik Jumaat

Demikianlah suasana yang biasa kita lihat semasa hari Jumaat. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan juga guru kerana ia menandakan hujung minggu bakal bermula. Saat ini aku melihat kemesraan antara penjaga dengan anak-anak mereka terpapar di hadapan pintu gerbang sekolah.

Murid-murid tidak dibenarkan menunggu di luar kawasan sekolah bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Penjaga dibenarkan untuk mengambil anak-anak di asrama dan juga di bawah blok pentadbiran. Diharap pengalaman sebegini menjadi kenangan buat murid-murid yang disayangi kerana satu masa nanti kita terpaksa berjalan sendiri balik ke rumah.

Selamat berhujung minggu dan manfaatkan masa yang ada walaupun sedikit tetapi jadikan ia sesuatu yang berharga.Sekian.

Kelihatan kenderaan penjaga membanjiri kawasan luar sekolah dan klinik
Seorang ibu sedang membawa anaknya balik
Murid bermain sementara menunggu penjaga mereka tiba
Abang dan adik saling menjaga antara satu sama lain sementara menunggu penjaga sampai
Balik bersama dengan rakan-rakan

Disebabkan tak bawa bahan.

Hari ni ada satu cerita tentang pengalaman mengajar yang aku nak kongsi. Dipendekkan lah cerita, mungkin disebabkan baru sahaja habis cuti pertengahan penggal kedua maka murid-murid menjadi lupa akan keperluan alat dan bahan untuk mata pelajaran dunia seni visual. Aku memang mewajibkan semua murid untuk membawa kertas lukisan bersaiz A3 untuk mata pelajaran dunia seni visual. Pada hari berkenaan aku telah merancang untuk mengajar bidang kraf tangan tradisional berkaitan dengan aktiviti anyaman.

Memandangkan murid-murid tidak membawa bahan yang diperlukan, iaitu kertas lukisan A3 untuk dijadikan medium menganyam kertas berwarna. Maka aku mengajak mereka untuk pergi ke satu kawasan untuk menjalankan satu aktiviti yang hampir serupa dengan aktiviti anyaman tersebut. Cuma kali ini arasnya lebih tinggi kerana murid diminta untuk menyediakan bahan untuk menganyam berasaskan bahan semulajadi yang masih segar di hutan.

Akhirnya aku mengajak murid menghasilkan hasil anyaman menggunakan daun kelapa. Mereka diminta untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Semua murid memberi kerjasama dan seronok apabila dibawa keluar dari kelas untuk menjalankan aktiviti dunia seni visual. Sekian.

Setiap Pagi Memang Begini

Program hafalan sifir merupakan satu program intervensi yang biasa dijalankan di mana-mana sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan memilih setiap waktu pagi sebagai waktu yang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti program hafalan sifir. Program sebegini dapat membantu murid-murid untuk mengingati sifir lalu menyelamatkan banyak waktu semasa menjawab soalan peperiksaan.Sekian.

Wednesday, September 14, 2016

Mesyuarat sebelum cuti

Satu taklimat telah diadakan untuk memberi maklumat kepada semua pegawai berkaitan dengan bakal dijalankan dan persediaan portfolio kokurikulum.

Thursday, September 1, 2016

Tuhan menyertai mu

Ibu bapa dan penjaga serta komuniti Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan telah mengadakan aktiviti berdoa bersama dengan murid-murid yang beragama Kristian di dewan serbaguna. Murid-murid yang beragama Islam dan juga penganut kepercayaan tradisi Iban mengadakan acara masing-masing di lokasi yang lain pada hari yang sama. Guru dan ibu bapa telah melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anak-anak bagi persediaan terakhir menghadapi minggu peperiksaan. Semua calon UPSR juga telah melakukan pecutan yang terakhir sebelum menghadapi minggu 5 september 2016. Kini kita ingin berdoa agar Tuhan menyertai setiap perjuangan selalu melaksanakan rencanaNya yang terbaik bagi anak-anak kita.Sekian

10 Gambar Majlis doa UPSR

Berikut merupakan gambar yang diambil semasa program mendoakan pelajar tahun 6. Program ini diadakan untuk memohon restu dan berkat sebelum mereka menghadapi UPSR. Program ini disokong oleh PIBG.

Sembahyang Hajat untuk UPSR

Sembahyang hajat telah diadakan di bilik agama Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Ia diadakan untuk memberkati calon yang bakal menduduki UPSR. Ujian tersebut akan diadakan pada 5 september 2016 iaitu jatuh pada minggu hadapan. Kita mengharapkan yang terbaik daripada semua calon kita. Semua pihak telah melakukan yang terbaik dan sekarang kita berserah kepada Yang Maha Esa untuk memberkati kelancaran semua aktiviti pada minggu hadapan.


Gambar oleh Saudara Lukman.

Miring Upacara Memohon Berkat.

Berikut merupakan gambar ritual untuk memperoleh keberkatan menurut kepercayaan kaum Iban. Calon UPSR di sekolah ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Ibu bapa dan penjaga serta komuniti sekolah terlibat untuk menjalankan program ini.  Acara doa yang lain, untuk agama Islam dan Kristian juga ada diadakan di lokasi yang berbeza pada masa yang sama.Sekian.

Perhimpunan Khas Hari Jumaat

2 September 2016- Satu perhimpunan khas telah diadakan di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Perhimpunan tersebut diadakan untuk mengumpulkan semua komuniti sekolah bagi menjalankan aktiviti doa sebelum menghadapi minggu peperiksaan. Murid dan ibubapa dijemput untuk menjayakan program ini. Kita mengharapkan segala yang terbaik sepanjang minggu hadapan agar calon UPSR memperoleh keputusan yang gemilang.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular