Tuesday, May 3, 2016
Aktiviti Fizikal dan Mental seiringan
Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau Sarawak. Terima kasih kerana singgah seketika meluangkan masa untuk meneliti rentetan kehidupan di sekolah ini.
Jika disebut sekolah, perkara pertama yang timbul dalam minda seseorang adalah buku teks dan cikgu. Jarang sekali kita terfikir tentang bola sepak mahupun sukan. Walhal perkara tersebut merupakan sebahagian dari elemen yang melengkapkan proses pembelajaran kanak-kanak pada awal usia.
Perkembangan mental hendaklah seiring dengan perkembangan fizikal. Semua sekolah sememangnya berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang baik terutamanya semasa keputusan UPSR dikhabarkan. Tanpa kita lupakan juga setiap sekolah sentiasa berusaha mencapai kecermelangan dalam bidang sukan. Murid-murid yang berjaya dalam kedua-dua bidang tersebut biasanya akan mendapat peluang pendidikan yang lebih cerah.
Namun masyarakat lebih cenderung untuk berkata bahawa penilaian yang sebenar hanyalah terletak di atas kertas bukannya di atas stadium mahupun padang. Kita harus sedar bahawa perkembangan fizikal akan menjadikan seseorang murid itu lebih celik akal nya. Jika difikirkan dari aspek sains, pergerakan fizikal yang bermanfaat dapat membekalkan oksigen yang cukup ke bahagian otak dan ia mampu menjadikan murid kita lebih bijak.
Alangkah sayangnya jika kita hanya mampu menghasilkan murid yang pandai tetapi tidak memiliki fizikal atau tubuh badan yang sihat. Kita tidak mahu menghasilkan generasi yang bijak tetapi tiada kualiti fizikal yang baik. Bayangkan mereka suatu hari nanti menjadi individu yang berjaya dan tidak mementingkan kesihatan, maka keraplah cuti sakit akan diambil semasa mereka bekerja. Keadaan yang berterusan sebegini akan melemahkan pentadbiran sesebuah institusi. Kita bukan saja inginkan pekerja ataupun sumber manusia yang bijak tetapi kita mahukan perkerja yang sihat dan mampu bekerja dalam jangka masa yang panjang.
Editor:
Saya nak pencen ( usia 60 tahun ) dalam keadaan yang sangat sihat dan masih mampu untuk melancong mengelilingi dunia. Tiada alasan untuk terus belajar menimba ilmu pada masa yang sama menjaga kesihatan dan kekuatan tubuh badan.
Gambar:
Thanks To Pra Sekolah Anggerik. Puan Sarinie dan Cikgu Pudai.
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
No Response to "Aktiviti Fizikal dan Mental seiringan"
Leave A Reply