Monday, June 19, 2017

Menyediakan suasana kelas yang kondusif.

16 Jun 2017 - Sekolah yang cantik dan kondusif merupakan satu langkah awal untuk mencapai status kelas bercirikan pembelajaran abad ke-21. Ini bermaksud, lebih banyal lagi aspek yang perlu dipenuhi untuk mencapat tahap berkenaan. SK Nanga Pakan telah mengadakan sedikit aktiviti mengemas dan menghias kelas untuk menjadikan semua kelas lebih kondusif. Aktiviti berkenaan telah diadakan selama 1 jam selepas P&P pada hari tersebut setelah semua guru dan  murid berehat sejanak.

Jika anda nak tahu apakah ciri-ciri yang harus ada untuk kelas bercirikan pembelajaran Abad ke-21. Anda bolehlah scroll down dan baca 10 ciri kelas abad ke-21.





10 CIRI KELAS ABAD KE-21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran.


Sumber Rujukan:

Dialog Prestasi

16 Jun 2017 - Satu dialog prestasi peringkat sekolah telah diadakan bersama dengan semua guru tahun 6. Dialog ini merupakan satu kemestian untuk setiap sekolah untuk membincangkan hasil analisis ujian percubaan yang terkini berkaitan dengan UPSR. Buat masa sekarang prestasi semasa untuk semua calon UPSR semakin meningkat. Semua guru telah melakukan yang terbaik untuk membantu murid yang berpotensi untuk lulus dan memperoleh gred yang lebih baik.

BI Kertas 2 menjadi topik perbincangan guru kerana prestasi murid agak lemah disana. Kita tidak menyalahkan guru, kerana prestasi murid juga bergantung kepada hasil usaha murid dan bimbingan di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pihak sekolah harus bertindak profesional dengan mencari program intervensi secepat yang mungkin sebelum terlambat.

Pihak sekolah sentiasa mencuba yang terbaik untuk meningkatkan mutu pengajaran & Pembelajaran. dan usaha ini telah direalisasikan dengan beberapa program untuk mewujudkan kelas yang bertemakan pembelajaran abad ke-21.

"Terima kasih diucapkan kepada guru yang telah mengorbankan masa cuti mereka untuk menjalankan kelas bimbingan". - Guru besar Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan.



Perbincangan bersama Guru besar.

Segala permasalahan hendaklah dikongsikan untuk mencari penyelesaian.

Semua guru harus berusaha selagi terdaya kerana kurang dari 3 bulan lagi UPSR akan tiba.

Apa Khabar?

Salam sejahtera dan salam satu perpaduan diucapkan kepada semua yang membaca blog ini. Apa khabar? demikianlah tajuk penulisan kali ini. Sudah sekian lama tidak kami tidak berkongsikan cerita di dalam Blog ini memandangkan kita sedang berusaha menjayakan banyak program yang menarik sepanjang penggal pertama tadi.

Program yang melibatkan murid merupakan keutamaan pihak sekolah kerana kita menyahut seruan kementerian untuk membentuk insan yang seimbang dalam pelbagai aspek. 

Aspek pergerakan fizikal dan kesihatan merupakan antara aktiviti yang boleh kita jalankan. Ia bukan sahaja menjadikan sekolah lebih meriah malahan ia dapat menarik minat murid untuk terus terlibat sama dalam segala aktiviti.

Ganjaran dan penghargaan amat penting untuk menunjukkan murid erti perjuangan. Murid akan merasakan mereka lebih disayangi dan kita juga dapat mengukuhkan rasa keyakinan dalam diri murid. mereka juga akan menceritakan pengalaman di sekolah kepada penjaga dan ia akan menjadi satu interaksi yang meluas apabila melibatkan penjaga.

Sekolah yang dapat menyediakan program berunsur ilmiah sendiasa menjadi buah mulut masyarakat setempat. Masyarakat sentiasa ingin melihat warga sekolah menunjukkan keberhasilan dalam banyak aspek, namun harus diingatkan bahawa kita tidak boleh menyerahkan 100% tanggungjawab mendidik kanak-kanak kepada pihak sekolah ( Guru dan AKP )

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular