Wednesday, October 5, 2016

Suasana Dalam Kelas

Kita sering tertanya bagaimanakah keadaan di dalam kelas. Berikut merupakan beberapa keping gambar murid murid tahun2 yang sedang menjalankan aktiviti bersama dengan guru mereka. Guru hendaklah memastikan murid dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran hendaklah diutamakan tanpa melupakan keseronokan semasa belajar.

Gambar Perkemahan Pengakap.

Berikut merupakan hasil fotografi yang telah diambil oleh pegawai pengiring perkhemahan pengakap yang telah diadakan di SK Nanga Babai, Julau. Terima kasih kepada guru yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Taniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya melaksanakan aktiviti dan menjalani ujian pengakap.

LDP PJ PK

5 Oktober 2016 - Satu latihan dalam perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan telah dijalankan bersama dengan beberapa orang Guru PJK.

Berikut merupakan antara perkara penting yang harus senua guru PJ PK tahu.

1. Mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tidak boleh diajar lebih daripada dua waktu secara berterusan.

2. Terdapat penambahan dalam sukatan pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.

3. Dalam masa seminggu pendidikan jasmani cuma diajar sebanyak dua waktu dan pendidikan kesihatan diajar sebanyak satu waktu sahaja.

4. Rancangan pengajaran harian untuk pendidikan jasmani boleh menggunakan rancangan yang sama tetapi tidak boleh dijalankan pada waktu-waktu yang berterusan. Rancangan pengajaran tersebut harus dijalankan pada hari yang berbeza.

Maklumat LDP:
Cikgu Calvin.

Perkemahan Pengakap

Satu perkhemahan pengakap telah diadakan di Sekokah Kebangsaan Nanga Babai, Julau. Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau telah menghantar 8 orang pengakap muda yang diiringi oleh 3 orang pegawai yang dilantik. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk menganugerahkan lencana kepada ahli peringkat sekolah rendah. Beberapa ujian telah dijalankan untuk menguji kemahiran dan kecekapan mereka dalam menjalankan aktiviti perkhemahan. 14 buah sekolah telah menyertai perkhemahan ini. Dianggarkan lebih dari 80 orang peserta telah terlibat dalam program ini. Sekian.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular