Thursday, June 30, 2022

Program Intelek Asuhan Rohani

Tahniah diucapkan pada kesemua 50 peserta yang telah menyertai Program Intelek Asuhan Rohani yang dianjurkan di SK Nanga Pakan. Antara sekolah yang menyertai program ini adalah dari SK Nanga Babai, SK Sg. Sugai, SK Nanga Wak dan SK Ng Pakan sendiri.

Program ini merupakan satu program yang di anjurkan oleh agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sarikei. Program ini merupakan satu program kesedaran yang menyasarkan murid-murid sekolah rendah di sekitar daerah Julau.

Program ini dinamakan sebagai program PINTAR yang merupakan satu akronim yang merujuk kepada Program Intelek Asuhan Rohani.



















Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini. Program yang sepatutnya memakan masa beberapa hari namun telah  berjaya diselesaikan  dalam masa satu hari sahaja, memandangkan pihak penganjur telah diberi amanah untuk menyelesaikannya dalam masa satu hari.

Semua peserta berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program tersebut. Ramai berserta mencadangkan agar program ini diteruskan di masa akan datang kerana ianya sangat penting dalam membawa kesedaran di kalangan kanak-kanak dan remaja berkenaan dengan agenda dan isu dadah.

TS25- Sekolah telah mengadakan kerjasama dengan agensi dari luar. Ini membuktikan bahawa kepimpinan sekolah telah membuka lagi pintu kepada agensi yang berkaitan dalam  mengadakan pelbagai aktiviti bagi sekolah yang berprestasi tinggi. Sekian. 

Persediaan program PINTAR dari AADK Daerah Sarikei





Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca di blogspot SK Nanga Pakan. Berikut merupakan gambar persediaan untuk program yang telah di anjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Sarikei pada awal minggu ini tadi.

Murid-murid yang telah membantu guru boleh di senaraikan sebagai murid yang layak untuk mendapat mata atau markah dalam sistem SSDM. Pihak sekolah tidak pernah melupakan jasa murid yang banyak membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti.

Thursday, June 23, 2022

SK Nanga Pakan Menganjurkan Bola Baling

Pihak sekolah amat besar hati setelah diberikan amanah untuk menganjurkan pertandingan bola Baling di peringkat daerah Julau. Tidak dilupakan juga para pegawai dari sekolah lain yang turut serta membantu melancarkan lagi proses pertandingan tersebut dengan memberikan komitmen yang penuh dalam mengelas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Berikut merupakan gambar sepintas lalu di Perkarangan tapak pertandingan yang diadakan di gelanggang futsal pekan Pakan pada 23 Jun 2022. 













Sumber gambar:  Shahidan Photography

Bola Baling Daerah Julau

Salam sejahtera kepada semua yang meluangkan masa membaca blogspot Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Pada 23 Jun 2022, SK Ng Pakan telah menganjurkan pertandingan bola Baling peringkat daerah Julau. Pertandingan tersebut telah diadakan di gelanggang futsal Pekan Pakan. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.





Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan keputusan pertandingan:

KEPUTUSAN  PEMILIHAN BOLA BALING MSSD JULAU 2022

👉 L 12TKB 

JOHAN  
➡️ SK SG.SUGAI

NAIB JOHAN
➡️ SK NG BABAI

TPT KE 3
➡️ SK NG PAKAN


👉 P 12TKB

JOHAN
➡️ SK NG BABAI

NAIB JOHAN
➡️ SK NG WAK

TPT KE 3
➡️SK NG ENTABAI &  ➡️SK NG PAKAN

Wednesday, June 22, 2022

Bincang HIP & DLP Combo





DLP & HIP sememangnya agenda yang tidak asing lagi di peringkat sekolah. DLP merupakan program berkaitan dengan mata pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris, manakala HIP Merupakan program berkaitan dengan mata pelajaran bahasa Inggeris yang membantu murid untuk meningkatkan lagi penguasaan asas bahasa Inggeris. 

SK Nanga Pakan Sememangnya sering menjalankan program gabungan. Matapelajaran yang dapat dihubung jalin sememangnya sesuai untuk disatukan dalam satu program yang menggalakkan kolaborasi. Apa lagi kalau ianya melibatkan ibu bapa dan penjaga. Nantikan hasil daripada program ini. 

Info mesyuarat:
Lokasi: Makmal Komputer
Masa: Jam 1400-1500
Guru terlibat:
BI & SNS DLP

Thursday, June 9, 2022

Kelas kondusif agaknya begaimana ya?

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi proses pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang proses tersebut daripada berjalan dengan lancar. Mempunyai persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada faktor proses pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. 

Dipetik dari: https://www.klceducation.edu.my/ms/news-feed/article/fakta/kenapa-pentingnya-kelas-yang-kondusif- 


Berikut adalah satu daripada kelas yang ada di SK Nanga Pakan

Sumber gambar: Cikgu Tena

Meja dan kerusi mencukupi dan sesuai dengan SOP semasa

Pergerakan murid dalam susunan yang sesuai

Bahagian belakang kelas yang dipenuhi nota dan sumber maklumat


Pelbagai jadual dipaparkan dengan jelas

Hiasan bertemakan bahan pembelajaran





Papan tulis menayangkan Objektif dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai.


Mesyuarat KK di bilik KK yang syantik

Satu mesyaurat telah diadakan sebelum ini di bilik KK. Suasana kondusif dan  menarik membuatkan proses perbincangan menjadi lebih menarik dan bersemangat. Berikut adalah antara gamnbar semasa mesyuarat.









Persediaan pameran di IPGKR

Dengan berkat kerjasama daripada semua Guru & AKP dan tak lupa juga bahagian pengurusan sekolah, PPD dan IPG, akhirnya tapak pameran yang diusahakan 85% siap. Yang lainnya akan anda saksikan pada posting seterusnya dalam BlogSpot sekolah kami.

















Sekian


KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular