Sunday, October 1, 2023

6 Sekolah datang serentak untuk benchmarking

23 September 2023 / Sabtu - lawatan penanda aras atau dikenali sebagai benchmarking merupakan satu daripada aktiviti yang sangat baik dalam mendapatkan maklumat baharu dan berkongsi amalan terbaik. Untuk kali ini, SK Nanga Pakan telah menerima kunjungan dari enam buah sekolah. Empat daripadanya adalah di luar daerah dan dua daripadanya merupakan rakan sedaerah. 

Daerah Kanowit:
SK Ng Machan
SK Ulu Machan
SK Ng Poi
SK Ulu Majau

Daerah Julau:
SK Ng Ensiring
SK Ng Babai

Kehadiran keenam-enam buah sekolah ini adalah untuk mendapatkan ilmu baru berkaitan dengan program TS 25. Perkongsian yang dijalankan adalah lebih kepada sistem perfileman serta perancangan yang dijalankan di sekolah sebaik sahaja menerima atau menjadi sebahagian dari sekolah di dalam Program TS 25.

Secara ringkas, lawatan yang dijalankan pada hari tersebut telah dijayakan dengan penuh dedikasi dan berjalan dengan lancar. Diharap apa yang diperoleh dapat dimanfaat bersesuaian dengan keadaan sekolah masing-masing. Setiap sekolah memiliki acuan masing-masing, cara untuk melaksanakan program ini sememangnya dinamik menurut matlamat dan budaya sekolah tertentu. Sekian.

Updated Sejarah SK Nanga Pakan

Salam sejahtera kepada semua yang singgah di dalam blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Terima kasih kerana prihatin dan ingin tahu tentang perkembangan sekolah ini. Jika anda perhatikan tajuk penulisan kali ini, kami akan kongsikan sebuah gambar yang menunjukkan teks berkaitan dengan sejarah sekolah. Selamat membaca. 

pemandangan kawasan sekolah dari bahagian atas

Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli

22 September 2023 - Program Sasiah terbilang hentikan buli anjuran kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di seluruh negara serentak pada hari Jumaat yang lalu. Semua murid diberi peluang untuk menyertai program ini secara live. SK Nanga Pakan tidak ketinggalan untuk menyokong serta menyambut seruan dari kementerian untuk program ini. Program yang penuh mampat ini telah membuka mata ramai pihak berkenaan dengan kes berkaitan dengan boleh. Semoga kejadian seperti boleh serta masalah disiplin yang lain diberi perhatian dan dapat dikurangkan di masa akan datang. Sekian terima kasih.

Terima kasih unit Hem kerana telah menguruskan program ini. 

Kempen jom tinggal asrama berjaya

2 Oktober 2023 - Kempen jom tinggal asrama yang telah dijalankan sejak bulan Ogos yang lalu telah membuahkan hasil. Kini murid-murid yang tinggal di asrama meningkat jumlahnya. Jika sebelum ini jumlah murid agak sedikit, kini mereka berjumlah 41 orang. Kempen ini merupakan satu daripada inisiatif yang telah dicadangkan sendiri oleh tuan guru besar baharu SK Nanga Pakan tahun ini. Beliau percaya bahawa, murid-murid akan mendapat manfaat lebih banyak sekiranya menjadi penghuni asrama kerana mereka dapat menikmati proses pembelajaran yang lebih banyak berbanding dengan murid-murid harian. 

Murid-murid akan menjadi lebih berdisiplin kerana mereka belajar untuk berdikari melakukan banyak perkara terutamanya dalam aspek pengurusan diri. Perkara ini tidak mudah untuk dicapai sekiranya mereka masih menjadi murid harian.

Semangat yang kental juga akan terbentuk kerana mereka telah dilatih untuk berjauhan dari ibu bapa pada usia yang muda. Apabila dewasa nanti, nilai ini merupakan nilai yang sangat penting dalam membentuk seseorang insan yang tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang kian hebat. 

Proses pembelajaran akan menjadi lebih teratur, kerana di asrama murid-murid sudah disediakan dengan jadual belajar yang sesuai dengan aktiviti sepanjang mereka tinggal di asrama. Berbanding dengan murid harian, murid asrama lebih berdisiplin dalam mematuhi jadual waktu kerana ia merupakan elemen yang penting sepanjang mereka tinggal di asrama.

Kemahiran sosial yang lebih baik akan terbentuk. Sepanjang mereka tinggal di asrama, hubungan yang baik antara rakan merupakan antara kunci yang penting untuk membantu mereka terus hidup di asrama. Mereka akan belajar untuk berkawan serta menghayati softskill dalam berbicara. Perkara ini tidak mudah di alami dan dilalui oleh murid-murid harian.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, terutamanya unit asrama yang telah berjaya menjalankan kempen ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada PK Hem En. Abang Jefri bin Abang Mansor selaku ketua dan koordinator untuk kempen ini. Semoga jumlah murid yang ingin tinggal di asrama meningkat dari masa ke semasa, kerana pembelajaran yang lebih sempurna dapat dicapai apabila murid-murid meluangkan lebih banyak masa di asrama yang terbukti memiliki ekosistem yang sihat serta pembelajaran yang menyeluruh bersesuaian dengan falsafah Pendidikan negara. 

Sesi randau bersama YB Tan Sri William Mawan Anak Ikom

26 September 2023 - Satu sesi ramah mesra telah diadakan bersama YB Tan Sri William Mawan anak Ikom ( ADUN Pakan ) di dewan makan SK Nanga Pakan. Beliau merupakan pemegang taruh untuk program TS25 sekolah ini. Kehadiran beliau merupakan satu bukti jalinan untuk menjayakan program yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah. 

Sesi perbincangan dan ramah mesra ini telah berlangsung selama dua jam. Banyak perkongsian dan maklumat telah diberikan. Dari aspek pembangunan serta pengurusan untuk 
membuka lebih banyak lagi potensi untuk jangka masa yang panjang. Pada masa yang sama juga, rakan-rakan guru dan AKP belajar untuk memahami bagaimana kerajaan membangunkan sebuah institusi melalui pemegang taruh ( Pemimpin tempatan ). 

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Tan Sri William Mawan anak Ikom kerana telah meluangkan masa bersama warga sekolah. Kehadiran tuan amat lah kami hargai, perhatian yang Tuhan berikan amat kami sanjungi. Sekian. 

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular