Monday, May 2, 2016
Bukan sekadar BBM tetapi Terapi
Posted on 7:58:00 PM by Chris and Olivia Pakan
Seringkali kita kaitkan bahan bantu mengajar cuma digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada masa yang sama bahan bantu mengajar juga merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid dalam menjalankan aktiviti dunia seni visual.
Seni visual merupakan mata pelajaran yang mendedahkan murid-murid dengan 4 bidang utama dalam berkarya.
◎ Menggambar
◎ Membuat corak dan rekaan
◎ Membentuk dan membuat binaan
◎ Mengenal kraf tradisional
Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang dapat membimbing murid untuk meluahkan emosi dan idea. Mungkin kita tidak menyedari murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang memiliki kisah peribadi tersendiri. Dengan hanya berkarya dan menjalankan aktiviti seni visual murid-murid dapat meluahkan emosi melalui aktiviti karya estetika seni visual.
Karya di bawah merupakan hasil bahan bantu mengajar guru Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan.
Bahan bantu mengajar yang berunsurkan seni dapat menghilangkan rasa resah dan gelisah murid-murid. Mungkin seringkali murid-murid menganggap seseorang guru itu agak tegas ataupun garang. Namun dengan bantuan bahan bantu mengajar yang agak comel dan menarik ini dapat menjadikan murid kita lebih mesra dan selesa semasa menjalankan pembelajaran di dalam kelas.
Sumber Gambar dan karya:
Cikgu Wendy , Cikgu Morris, Cikgu Roy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
-
Bagi yang pertama kali mendengar nama Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau sememangnya tertanya juga lokasi sekolah kami. Sekolah yang terl...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
19 April 2017- Satu perkemahan pengakap akan diadakan di SK Ng Engkamop, Julau. Seramai 8 orang pengakap yang akan menyertai perkemahan i...
-
Bahan pengajaran Sains menggunakan buku National Geographic merupakan bahan yang sangat sesuai untuk mempelajari sains. Sebelum menggunakan ...
-
Gambar hiasan Dalam melaksanakan TS25, pihak pengurusan sentiasa mengambil peduli dengan pandangan dan saranan dari semua pihak terutamany...
No Response to "Bukan sekadar BBM tetapi Terapi"
Leave A Reply