Tuesday, August 22, 2023

Majlis makan malam kesyukuran untuk Guru Besar Baharu






18 Ogos 2023 - Semoga guru dan pegawai SK Nanga Pakan telah mengadakan majlis makan malam kecilan untuk menunjukkan rasa bersyukur di atas penempatan Guru Besar Baharu yang ditunggu-tunggu. Majlis tersebut telah diadakan di Yi Garden Sarikei. 

Aktiviti ini telah dirangka oleh para guru dan pegawai yang bertugas di SK Nanga Pakan. Dengan adanya program ini, diharap hubungan silaturahim di antara rakan sekerja semakin erat. Guru besar juga ada menyuarakan rasa bersyukur dan terima kasih di atas sambutan yang hangat sebegini. Beliau juga menyatakan keinginan untuk menerajui SK Nanga Pakan dalam menggapai kegemilangan, dengan harapan semua pegawai yang lain memberi kerja sama serta komitmen yang tinggi. Sekian. 

Tapir Hero DCS Tahun 6



23 Ogos 2023 - Pelaksanaan skor kompentensi digital tahun 2023 telah kembali. Program ini hanya melibatkan murid-murid tahun enam sahaja. Pelaksanaannya di peringkat sekolah telah diselaraskan oleh sektor sumber dan teknologi Pendidikan, jabatan Pendidikan negeri dan unit sumber dan teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan daerah dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh guru Penyelaras Bestari.

Untuk SK Nanga Pakan, DCS akan dilaksanakan selepas 11 September 2023. Murid tahun enam akan diberikan masa selama dua minggu untuk menyelesaikan tugasan ini. Murid yang berjaya melaksanakan program ini layak mendapat pengiktirafan dan pentafsiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum di peringkat negeri.


Surat dari kementerian berkenaan DCS





Jadual dan agihan kerja gotong-royong Madani





23 Ogos 2023 - Gotong-royong Madani merupakan satu aktiviti yang menerapkan nilai bekerja sama kerana ia akan melibatkan semua komuniti di dalam sekolah. Sekolah mencadangkan agar murid tahap dua terlibat dalam program yang sungguh bermanfaat ini, manakala murid tahap satu akan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Tidak semua guru yang akan terlibat dalam program ini secara langsung, namun mereka yang tidak terlibat ini secara tidak langsung akan menguruskan keceriaan di dalam kelas masing-masing sepanjang mengajar pada hari tersebut. 

Agihan Tugas:

Berikut merupakan agihan tugas yang telah ditetapkan untuk SK Nanga Pakan. 


Berikut adalah jawatankuasa kerja Gotong royong:



Monday, August 21, 2023

Guru besar komited hapus buta huruf





Kepimpinan melalui tauladan. Demikianlah apa yang ditunjukkan oleh guru besar. Kelihatan guru besar sedang berbual bersama dengan murid tahun satu. Kedengaran mereka sedang mengejar beberapa jenis perkataan bersama-sama. Sementara murid-murid sedang menunggu penjaga untuk menjemput mereka balik, guru besar sering kelihatan meluangkan masa bersama dengan murid-murid sambil bercerita dan menguji kebolehan mengeja mereka. Komitmen beliau ini akan menjadi motivasi kepada semua warga untuk terus berjuang membantu anak bangsa dalam menguasai pembelajaran di sekolah ini. Sekian. 

Mesyuarat 22 Ogos 2023


Kelihatan Guru Besar sedang menyampaikan maklmat

Mesyuarat 22 Ogos 2023
Lokasi: Bilik Guru
Masa: 1:20pm

Hari Terbuka PPD Julau. 
Guru Besar En. Juna memberi taklimad berkaitan dengan  Hari Terbuka PPD Julau yang akan diadakan kelak. GB dan PK serta YDP PIBG diwajibkan hadir dan pegawai yang lain digalakkan hadir.

Gotong-Royong Madani. 
PK- Hem. Gotong Royong Madani Jumaat. Ahli PIBG dalam 20 orang dan Penjaga untuk murid tahun 6 dijemput hadir bersama. Di adangkan agar penambah baikan dijalankan pada Lorong Ilmu dan pondok ilmiah. Batu bata dan pagar juga akan dicat kelak untuk menceriakan lagi sekolah. Murid terlibat mendapat penilaian dalam PAJSK. 

Skop Kerja

Murid 6A: Cat Pagar ( K. Cikgu Wendy )
Murid 6B: Cat Batu Bata ( K. Cikgu Amin )
Swasta: Keceriaan tandas
PIBG: Lorong Ilmu dan Pondok
PIBG: Ganti bunga / Cantas / Gembur tanah & tanam bunga
Murid tahun 4: Kumpul sampah ( K. Cikgu Calvin )
Murid tahun 5: Kumpul sampah ( K. Cikgu Jamot )

Lawatan Pergigian
Akan diadakan pada 11-15 Sept 2023. Murid digalakkan membawa berus gigi dan pelbagai aktiviti bertemakan pergigian diadakan. 



Kelihatan PK-Hem sedang menyampaikan ucapan.


Semua guru sedang mendengarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak pengurusan sekolah


Thursday, August 17, 2023

Sejarah Perkhidmatan GB Baharu SK Nanga Pakan



En. Juna anak Jelani adalah guru besar yang menggantikan Pn. Bernadine anak Patrick Unyat yang telah bersara secara wajib tahun ini. Apa yang menarik tentang guru besar kali ini adalah, beliau merupakan bekas pelajar SK Nanga Pakan suatu ketika dahulu. “Adalah satu kebanggaan serta pembakar semangat saya untuk berkhidmat di sekolah yang pernah menjadi tempat saya menimba ilmu suatu ketika dahulu” En. Juna anak Jelani.

SK Nanga Pakan merupakan sekolah yang ke-6 menjadi tempat untuk beliau berkhidmat sepanjang bergelar seorang pendidik. Berikut merupakan antara sekolah yang pernah menjadi tempat beliau berkhidmat:

SK Nanga Kedup, Julau ( 1 Jan 1995 - 29 Jun 1998 ) GAB
SK Ulu Manding, Julau ( 30 Jun 1998 - 1 Jun 2008 ) GAB
SK Nanga Meluan, Julau ( 2 Jun 2008 - 1 Apr 2014 ) PKKK
SK Sg. Sugai, Julau ( 2 Apr 2014 - 2 Apr 2016 ) PKKK
SK Nanga Dayu, Julau ( 3 Apr 2016 - 1 Ogos 2023 ) GB
SK Nanga Pakan ( 2 Ogos 2023 - Terkini ) GB

Pengalaman beliau dalam Kokurikulum serta pentadbiran di sekolah yang sebelum ini menguatkan lagi semangat beliau serta komitment dalam meningkatkan lagi prestasi SK Ng Pakan dalam dunia pendidikan dalam daerah Julau.

“Selaku anak jati Pakan, saya menyeru semua warga sekolah terutamanya orang tempatan termasuk juga ibu bapa dan penjaga agar menggembleng tenaga dalam menaikkan lagi prestasi sekolah kita” En. Juna anak Jelani.

Penerimaan alat pemadam api





15 Ogos 2023 - Status penerimaan alat pemadam api (APA) yang telah disenggara pada HARI INI oleh 8 buah sekolah dalam senarai keutamaan dan 10 buah sekolah dalam senarai menunggu jika berkenaan.

Sekolah telah menerima alat pemadam api. Alat ini sangat penting untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku kebakaran. Di peringkat pencegahan, pihak sekolah sering menjalankan taklimat berkenaan dengan kebakaran kepada semua murid dan pegawai di sekolah. Terima kasih kepada kerajaan yang prihatin akan keselamatan warga sekolah. 

Sektor Perancangan & Pengurusan
PPD Julau
15.08.2023

Pulang dengan kejayaan



14 - 17 Ogos 2023 - Setelah empat hari berkampung di stadium sukan Sarikei mewakili daerah Julau, tiga atlet sekolah kita yang mewakili daerah Julau telah membawa balik pingat kemenangan. Ketiga-tiga murid ini juga telah layak untuk menyertai pertandingan peringkat negeri yang bakal diadakan di Miri. Tahniah diucapkan kepada:

Rhomerro Yang diwakili oleh adiknya. 

Lau Lik Huo.

Roswinnie.

Semoga kejayaan yang mereka capai menjadi motivasi kepada murid yang lain untuk melibatkan diri dalam dunia sukan. Sekian. 

📸 Shahidan
📸 Wee

Thursday, August 10, 2023

Bimbingan PLC bersama Pegawai PPD

8 Ogos 2023 - En. Francis selaku pegawai SIC+ dari PPD Julau telah datang membimbing semua guru yang terlibat dalam pembelajaran secara PBL bagi STEM. SK Nanga Pakan boleh dikatakan sekolah rintis dalam mengamalkan PBL di daerah Julau. Pembelajaran berasaskan projek akan dijalankan untuk semua sekolah suatu masa nanti, kerana ia dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan serta menjadikan murid-murid memiliki autonomi terhadap peroses penerokaan dalam ilmu. 


En. Francis dari PPD Julau sedang menjalankan binbingan









Kelas Pemulihan Khas

Mari kita menjenguk aktiviti yang sedang dijalankan di dalam kelas pemulihan khas SK Nanga Pakan. Kelas pemulihan khas memiliki tujuan yang sangat penting iaitu membimbing murid untuk menguasai 3M ( Membaca, menulis dan mengira ). Cikgu Jimmy merupakan guru yang bertanggungjawab dalam menjayakan kelas ini. Dengan komitmen dan ilmu yang ada beliau sentiasa membuat yang terbaik untuk memastikan murid-murid yang belum pandai membaca, menulis dan mengira dapat menguasai kemahiran tersebut. 


Kelihatan cikgu Jimmy sedang membimbing murid dalam menjalankan aktiviti mengeja. 


Kelas cikgu Jimmy dipenuhi dengan maklumat berkaitan dengan kelas pemulihan khas. 


Aktiviti berunsurkan permainan yang menyeronokkan dapat menarik minat murid. 


Kelihatan murid sedang belajar mengeja melalui aktiviti permainan ini. 

Sudut Bimbingan Dan Kaunseling



Sudut bimbingan dan kaunseling merupakan sesuatu yang menarik untuk disediakan. Jika disebut tentang bimbingan dan kaunseling, mungkin ramai di kalangan kita sering mengaitkan ia dengan murid yang bermasalah. Pada hakikatnya bimbingan dan kaunseling ini sebenarnya memiliki Skop yang sangat luas, ianya meliputi tentang pengurusan mental, motivasi serta minat dan kerjaya.

Di sini kami ingin kongsikan contoh dan apa yang terdapat pada papan notice sudut bimbingan dan kaunseling. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat berkenaan dengan Skop bimbingan dan kaunseling dalam membantu murid-murid sepanjang zaman mereka bersekolah. 


Minat dan kerjaya


Motivasi murid


Minda sihat


Program Guru Penyayang

11 Ogos 2023 - Program guru penyayang tetap diteruskan dan menjadi agenda penting bagi sekolah ini. Guru yang bertugas harian telah ditetapkan secara berjadual akan membantu murid serta memantau aktiviti dari pagi sehingga lah tamat aktiviti persekolahan. Guru yang bertugas harian ini akan menyambut kedatangan murid di pintu utama sekolah, mereka juga akan memantau keadaan kelas di awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Semasa waktu rehat pula, guru yang bertugas harian akan membimbing murid serta menjaga keselamatan murid semasa berehat. Usaha sebegini akan menjamin kualiti pengurusan berkaitan dengan murid-murid di sekolah ini.


Kelihatan PK-Hem En. Abang Jeffri sedang membimbing murid untuk bersedia di awal pagi. 


Kelihatan susana jalan di tepi sekolah agak lengang setelah semua murid dibimbing oleh guru masuk ke kelas. 

Amanat dari Guru Besar

11 Ogos 2023 - Seperti biasa, perhimpunan diadakan pada hari Jumaat di SK Nanga Pakan. Perhimpunan kali ini agak istimewa kerana inilah merupakan perhimpunan yang pertama kali nya untuk guru besar baru En. Juna anak Jelani menyampaikan ucapan kepada semua warga sekolah. Beliau telah memberi kata-kata semangat dan juga bersedia untuk membugarkan lagi dunia pendidikan di SK Nanga Pakan.

Dari aspek terkecil hinggalah aspek terbesar, dari isu sampah sehinggalah isu sukan serta disiplin, semuanya dikongsikan dengan tertib dan difahami oleh murid-murid. Cara beliau berucap juga sangat sesuai dan mudah difahami oleh semua pihak terutamanya oleh anak-anak kecil yang laras bahasa mereka masih belum lagi matang. Ucapan beliau disulitkan dengan unsur kecindan membuatkan semua orang senyum dan ingat akan nasihat beliau.


Kelihatan guru besar sedang memberikan ucapan


Semua murid memberi perhatian kepada ucapan yang diberikan


Sesi nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah

Naib Johan Nyanyian Solo Pra Sekolah

10 Ogos 2023 - SK Nanga Pakan telah menyertai Karnival bakat dan Inovasi Prasekolah peringkat Pejabat Pendidikan daerah Julau. Peserta dari sekolah kita tidak balik dengan tangan kosong, peserta cilik yang mewakili sekolah untuk nyanyian solo lagu bahasa Melayu telah berjaya membawa balik piala kemenangan naib johan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Anisia Avitta. 








Setahun Lagi akan Pencen

11 Ogos 2023 - Sambutan hari lahir yang ke 59 untuk Cikgu Jamot anak Teki telah diadakan oleh rakan guru di bilik guru SK Nanga Pakan. Sambutan hari lahir hari ini menandakan bahawa satu tahun lagi jangka masa untuk beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik. Apa yang istimewanya kali ini, hari lahir beliau disertai dan dimeriahkan lagi oleh tuan guru besar sendiri. Ucapan dan doa telah diberikan kepada beliau, semoga tahun terakhir beliau berkhidmat sebagai pendidik dipenuhi dengan warna warni kisah indah di SK Nanga Pakan.










Welcome to SK Nanga Pakan New GB

7 Ogos 2023 - Minggu ini merupakan minggu yang bersejarah untuk sekolah kerana kita telah menerima seorang guru besar baharu yang menggantikan puan guru besar Pn. Bernadine anak Patrick Unyat Yang telah bersara wajib sebelum ini. 

Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan diucapkan kepada En. Juna anak Jelani. Sebelum ini beliau merupakan guru besar di SK Nanga Dayu, Julau. Apa yang istimewanya tentang beliau adalah, beliau merupakan bekas alumni SK Nanga Pakan suatu ketika dahulu. Sekali lagi kami ucapkan selamat datang dan Selamat bertugas. 




Wednesday, August 9, 2023

Pemasangan Software Official Mikrosoft Tajaan KPM

10 Ogos 2023 - Proses Instolasi software Microsoft yang rasmi telah dijalankan di dalam Makmal komputer SK Nanga Pakan. Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Julau telah datang untuk membantu sekolah dalam memiliki perisian official tersebut. Beberapa buah PC telah diupdate dan diinstall software pdp serta mikrosoft word. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kerajaan dan juga Pejabat Pendidikan daerah Julau kerana telah membantu SK Nanga Pakan. Diharap pembaharuan ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.










KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular