Tuesday, November 19, 2019

Gotong-royong sebelum cuti sekolah


20 NOV 2019 / 4:00PM - Sebelum cuti bermula, pihak asrama & pengurusan SK Ng Pakan telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama murid asrama. Gotong-royong ini diadakan untuk memastikan kawasan asrama dalam keadaan yang bersih sebelum musim cuti bermula. Amalan ini harus ditanam dari awal usia supaya murid dapat menjadi insan yang mengutamakan nilai kebersihan. Sekian.

Thanks, kepada En. Shahidan dan angkatan PPM & warden SK Nanga Pakan.

17 Nov 2019 - Food Bank YaPEIM


Ingat kebajikan ingat YaPEIM.

PENGENALAN

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952.

Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa itu.

YaPEIM ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah melalui Surat Ikatan Amanah YaPEIM.

WAWASAN

Institusi unggul menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

PENYATAAN MISI

Komited dalam usaha memperkasa ekonomi ummah dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, efisien dan berintegriti.

TAGLINE

“MEMACU KEJAYAAN BERSAMA”


Tahniah diucapkan kepada YaPEIM kerana telah berjaya mengelola Food Bank dan memilih SK Ng Pakan sebagai pusat agihan sumbangan untuk kali ini.

Tuesday, November 12, 2019

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi. 

Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda diutamakan.  Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025.  Penghayatan ini membuktikan bahawa amalan nilai ini bermula dari sekolah. Ia merupakan institusi yang diutamakan oleh negara kita dalam membentuk rakyat Malaysia yang menghayati nilai.  Sumber: Majalah Pendidik

Jom intip kelas ( 2017 )

Throwback suasana kelas pada tahun 2017




Karnival Kokurikulum SK Ng Pakan 2019

Karnival Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan di SK Nanga Pakan. Pelbagai pertandingan telah diadakan untuk mencungkil serta mengasah bakat di kalangan murid tahap 1 & 2. Antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan nyanyian & bercerita. Nantikan post yang seterusnya berserta dengan gambar-gambar yang menarik. Sekian.

1. Antara piala yang menjadi rebutan.

2. Murid-murid kelihatan sangat teruja.

3. Cikgu Jimmy selaku ketua juri dibantu oleh cikgu Aminah dan cikgu Hasmahani.

4. Antara peserta pertandingan bercerita BM.



Wednesday, November 6, 2019

Sesi pendaftaran ke SMK Pakan 2020


Makluman dan pemberitahuan untuk pendaftaran ke SMK Pakan pada 2020. Untuk ibu bapa & penjaga murid tahun 6, di atas adalah surat dari SMK Pakan. Anda bolehlah menyediakan keperluan yang harus dibawa bersama semasa sesi pendaftaran pada 31 Dec 2019 ( Murid Harian ) 1 Januari 2020 ( Murid asrama ). Sekian. 

Lawatan ke Kuching Siri 2019


Antara gambar lawatan SK Nanga Pakan ke Kuching bulan 1-4 Oktober 2019 yang disertai oleh 32 Orang murid tahun 6 dan beberapa orang 18 orang pegawai serta guru.

63% Selesai DCS Peringkat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan masih dalam proses menyiapkan DCS untuk murid tahun 6. Seramai 32 orang murid menduduki ujian DCS ini. Guru ICT dan Pegawai ICT telah berusaha membantu menyediakan kelengkapan untuk murid bagi menyempurnakan tugas ini. Murid dibenarkan membawa telefon pintar masing-masing dan Laptop untuk menjalankan DCS di makmal Komputer.

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian
murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Jemputan Relay dari SK Ng Dayu

SK Nanga Pakan telah menerima jemputan Relay 4 x 100M untuk murid lelaki dan perempuan. Adakan ayam tambatan SK Nanga Pakan telah bersedia?! Marilah kita memberi sokongan dan menyahut cabaran dari SK Nanga Dayu. Majulah Sukan Untuk Negara 😎👍🏻

Thanks Bomba!

Sekolah telah menerima 10 buah pemadam api dari pihak Bomba. Terima kasih atas kerjasama dalam menyediakan pemadam api ini. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah yang berusaha melengkapkan infrastruktur di SK Nanga Pakan.

Sumber gambar: En. Shahidan.

Tuesday, November 5, 2019

Taklimad bersama Ibu Bapa & Penjaga Pra Sekolah

Kelihatan Guru Besar SK Nanga Pakan sedang menyampaikan amanat beliau.
Para penjaga sedang mendengarkan amanat dari guru besar.
Sesi pendaftaran awal pagi tadi menyaksikan kehadiran YDP PIBG SK Nanga Pakan En. Wong Liong Hook

Satu perjumpaan bersemuka bersama ibu bapa & Penjaga murid Pra Sekolah telah diadakan untuk menjalankan sesi berkaitan dengan persediaan kemasukan anak-anak ke kelas perdana ( Tahun 1 ) tahun depan. Sekian.

DCS Dalam bentu "game"

Antara contoh gambar berkaitan DCS. Murid yang berjaya menyiapkan tugasan tersebut akan mendapat sijil DCS. Semua tugasan DCS adalah dalam bentuk permainan digital.

Sedang menyiapkan DCS sebelum 22 Nov 2019


Kelihatan seorang murid sedang menggunakan Laptop / Komputer riba seorang guru untuk menyelesaikan DCS beliau. Murid yang selesai tugasan tersebut akan mendapat sijil dalam bentul PDF. Sekian.

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular