Friday, May 13, 2016

HFMD ancaman kesihatan kanak-kanak

Posted on 7:02:00 AM by Chris Avilla

HFMD atau dikenali sebagai Hand Foot and Mouth Disease ancaman yang amat merbahaya kepada kanak-kanak. Berikut merupakan sedikit penerangan yang diperoleh dari laman web kementerian kesihatan.

" Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii)Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.

Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my. "

Sumber:
http://www.moh.gov.my

Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan sentiasa menjalankan pemeriksaan rutin di kalangan anak-anak kecil sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari. Sekolah merupakan tempat yang mudah untuk berlakunya penyebaran pelbagai jenis penyakit yang mudah berjangkit. Pegawai di sekolah ini sentiasa memantau tahap kesihatan murid-murid agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Berbaris untuk pemeriksaan
Pegawai menjalankan tanggungjawab
Antara aktiviti yang berkaitan dengan penjagaan diri
Didikan bukan sahaja dalam bentuk akademik
Murid diajar untuk menjaga kebersihan diri
Murid yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri, merupakan murid yang cerdas dan mampu mencapai prestasi tinggi di dalam kelas.


Sumber gambar:
Cikgu Pudai

No Response to "HFMD ancaman kesihatan kanak-kanak"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular