Wednesday, November 17, 2021

ICT Untuk Pendidikan Masa Kini

 


"Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian. Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)." - Berita Harian 16 Mei 2020

Monday, October 4, 2021

Tinjauan hari pertama persekolahan dari pihak Nazir

Satu tinjauan khas daripada pihak Nazir cawangan Sibu berkenaan dengan pelaksanaan pembukaan sekolah untuk fasa ketiga bagi tahun 2021 ( PPKI & Pra-Sekolah ). 

Tinjauan ini adalah bertujuan untuk melihat kesediaan sekolah dalam mengurus sesi persekolahan Yang telah diarahkan baru-baru ini.

Pihak nazir telah mendapati bahawa sekolah kebangsaan nanga Pakan telah bersedia dan memenuhi kreteria yang penting untuk beroperasi pada musim Pandemik ini.

Banyak aspek yang telah dinilai antaranya adalah, bilik darjah, prasarana, asrama dan gate sekolah. Mereka amat mementingkan SOP serta mana-mana kemudahan yang berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan serta pengawalan jangkitan virus.

Catatan:

Maklumat vaksinasi guru, AKP. Pekeria Pembersihan, Pengawal Keselamatan, Pekerja Kantin dan Pekerja dewan makan asrama Lengkap 2 dos vaksin:
a) Guru = 27 orang
b) AKP = 11 orang
c) Pekerja Pembersihan = 5 orang
d) Pengawal Keselamatan = 7 orang
e)Pekerja dewan makan = 2 orang

Pengoperasian Hari Pertama Persekolahan di sekolah adalah terancang dan terurus dengan sewajarnya. Pihak sekolah melaksanakan pembukaan sekolah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu Terkini.

Pihak sekolah menyebarkan maklumat berkaitan pengoperasian pembukaan semula sekolah kepada semua warga sekolah, bu bapa dan pekerja swasta melalul Media Whatsapp pada 2 Oktober 2021. Jadual untuk Pdp bersemuka dan PdPR telah disediakan sebelum pembukaan semula sekolah. Dua buah kelas prasekolah dan sebuah kelas PPKI juga beroperasi seperti yang dirancangkan.

Dari kiri: En. Abang Jefri PK-Hem, En. Azri PK-KK, Wakil Nazir, Pn. Bernadine GB SK Ng Pakan, Wakil Nazir, Pn. Dara PK-1, Ketua Rombongan Nazir. 

Lawatan ke Pra-Sekolah


Melihat cara pengoperasian menerima kedatangan murid di gate sekolah. 


SOP di depan gate sekolah. 


Melawat kelas PPKI. 


Sesi perbincangan di dalam pejabat guru besar SK Ng Pakan. 




Sunday, June 13, 2021

Provision Of Computer




SK Telah menerima 12 buah PC Baharu dan sedang dalam proses pemasangan. Dengan bantuan Guru Besar, unit ICT dan Pegawai Aset, pihak dari SAINS ( Sarawak Information System Sdn. Bhd ) menguruskan pemasangan di Makmal Komputer sekolah. Nantikan info yang terperinci di posting nanti.. sekian.



Wednesday, June 9, 2021

KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

 Link untuk mendaftarkan kehadiran:

bit.ly/kolokiumstemkebangsaan2021




KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021 anjuran Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. kolokium ini akan disiarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Pusat STEM Negara serta stem.org.my. Tuan/puan dimohon untuk kekal bersiaran bersama kami pada 10 Jun 2021 (Khamis) jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Tuan/puan perlu mendaftarkan kehadiran sebelum program bermula pada jam 9.00 pagi. Tuan/puan perlu mengikuti kolokium dari mula hingga akhir untuk melayakkan menerima e-sijil dari pihak kami.

Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan 2021
Tarikh : 10 Jun 2021 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg

Semua peserta perlu mendaftarkan kehadiran bermula jam 8.15 pagi esok.

Bagi yang belum sempat mendaftar sebelum ini, bolehlah "walk-in" dan mendaftar esok pagi.

Link untuk live streaming:

YouTube Pusat STEM Negara

https://www.youtube.com/watch?v=xgGHBd3SFYI&ab_channel=PusatSTEMNegara

Facebook Pusat STEM Negara

https://www.facebook.com/106127047745605/posts/340748884283419/

Monday, June 7, 2021

Tiada buku teks? Tiada masalah

Jika anda memiliki akaun Delima, anda akan dapat mengakses buku teks digital melalui langkah-langkah berikut. Klik di sini untuk ketahui caranya: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pelantar-pembelajaran-digital-delima



Perlindungan untuk pelajar

 




Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa anak-anak kita sepanjang perjalanan mereka dalam menuju kejayaan. Skim ini merupakan sejenis perlindungan untuk kita dan anak-anak kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini. Berminat?

Muat turun Borang:

https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsh/4060-borang-tuntutan-skim-takaful-pelajar-sekolah-malaysia-2

Global Citizenship Education

 


Global Citizenship Education is nurturing a new generation of global citizens.

People, places and economies are increasingly becoming more interconnected and interdependent. Ongoing global issues are affecting everyone. We need an education that can help our students learn how to live together in harmony, builds respect and empathy for others and inspires them to take positive action today.

Join Now:

IKLAN KPM: Rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021



 PENGUMUMAN!!!

Keputusan semakan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh disemak mulai 8 Jun 2021 (Selasa), jam 12.01 pagi. 
 
Maklumat lanjut sila layari pautan: 
 

Apa khabar semua?

Salam sejahtera kepada semua yang singgah sejenak dalam Blog SK Nanga Pakan. Diharap anda dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sangat banyak perubahan dalam landskap pendidikan pada masa kini disebabkan wabak COVID-19. Pihak sekolah sentiasa memperjuangkan apa yang kerajaan serukan. Pendidikan berasaskan Online tanpa bersemukan merupakan satu daripada agenda yang diutamakan sekarang. Namun jangan risau, bagi murid yang tidak bernasib baik ( tidak memiliki capaian internet / tiada gajet seperti telefon pintar ) Pihak sekolah ada menyediakan tugasan dan aktiviti serta nota di pondok jaga. Penjaga / Ibu Bapa boleh mendapatkan tugasan tersebut setiap hari di pondok jaga.


Gambar poster Covid-19. Sudahkah anda muat turun aplikasi My Sejahtera? Banya info dapat anda peroleh di sana.


KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular