Friday, April 29, 2016

Skop Hem di sekolah

Posted on 6:47:00 AM by Chris Avilla

Bidang Tugas Hem
TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbing

Sumber & Credits:
http://skpadangkeria.edu.my

No Response to "Skop Hem di sekolah"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular