Thursday, April 28, 2016
Kejutan! Majlis Perpisahan
29 APRIL 2016 - satu majlis perpisahan telah diadakan secara mengejut untuk meraikan 2 orang guru pelatih yang berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Majlis tersebut telah diadakan pada waktu rehat dan disempurnakan oleh Puan guru besar, cikgu Bernadine.
" Jutaan terima kasih diucapkan kepada cikgu Maurice dan cikgu Lucas kerana telah banyak membantu pihak sekolah di samping melaksanakan tanggungjawab dalam proses menjadi seorang guru. Kami juga ingin mengucapkan jutaan kemaafan seandainya ada kekurangan dari pihak sekolah. Kami mendoakan kejayaan dan kelancaran proses cikgu untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan berwibawa." Pn. Bernadine.
Doa orang guru ini telah berada di Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan sejak 3 bulan yang lepas untuk melengkapkan program semester ke 7 PISMP. Terima kasih diucapkan kepada warga iInstitut Pendidikan Guru Rajang yang sentiasa memberi kerjasama dalam meningkatkan kualiti pendidikan diperingkat kampus mahupun negara. Sekian.
No Response to "Kejutan! Majlis Perpisahan"
Leave A Reply