Sunday, August 2, 2020
Warga yang produktif sumber berharga bagi sekolah
Posted on 8:29:00 PM by Chris Avilla
Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sedang membaca blog SK Nanga Pakan. Warga sekolah yang produktif merupakan satu sumber yang sangat berharga bagi se sebuah sekolah. Setiap kejayaan yang dicapai oleh sesebuah organisasi hanya mampu dicapai dengan adanya kerjasama dan usaha yang tekun dari semua pegawainya.
Sejak adanya program transformasi sekolah 25 ( TS25 ) Yang telah dimulakan pada 13 Julai 2018 yang lalu, banyak perubahan telah berlaku di peringkat sekolah. Perubahan dari aspek penstrukturan semula organisasi dan juga pasarana sekolah telah membuahkan hasil.
Bukan sahaja guru malah murid juga menikmati keseronokkan semasa belajar dalam suasana yang harmoni serta menarik. Semuanya ini seiring dengan matlamat program transformasi sekolah 2025.
Objektif pembelajaran akan mudah tercapai dengan adanya kemudahan serta kepakaran yang mencukupi. Program transformasi sekolah 2025 merupakan satu penggerak pembelajaran yang bermakna. Ia juga mendukung aktiviti serta program pembangunan Sasiah murid. Pada masa sekarang murid tidak hanya duduk dan mendengar tetapi mereka yang akan menjalankan aktiviti serta Amali dengan bimbingan guru.
Jika dulu murid hanya duduk dan menulis apa yang guru berikan di hadapan tetapi pada masa kini murid digalakkan untuk mencari sendiri sumber yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka dalami. Pada masa kini murid diberi kebebasan untuk mencari serta mengolah idea yang berkaitan dengan ilmu mata pelajaran yang diajar.
Pengurusan kelas merupakan sesuatu yang amat penting untuk menjayakan transformasi sekolah 2025.
Panatia matapelajaran juga memainkan peranan yang penting untuk mencari strategi bagi menaikkan lagi prestasi serta kualiti pembelajaran di sekolah.
Kita berharap program ini semakin hari semakin bercambah serta menampakkan hasilnya. Semuanya ini juga tidak akan berjaya jika tiada sokongan dari para penjaga dan ibu bapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
No Response to "Warga yang produktif sumber berharga bagi sekolah"
Leave A Reply