Sunday, August 2, 2020
COVID-19 Cegah Penularan di sekolah
Posted on 7:54:00 PM by Chris Avilla
Menarik untuk dikongsikan bersama kali ini. Ini merupakan sumber dari Web Page Berita Harian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jika COVID-19 menular di dalam kawasan sekolah, ia akan menjangkiti rakan sebaya, guru dan seterusnya keluarga serta komuniti.
Justeru, beliau berkata, pihak sekolah perlu mematuhi nasihat dan saranan kementerian untuk melindungi lebih ramai individu daripada dijangkiti wabak itu.
"Seperti sedia maklum, pelajar sekolah menengah dan murid Tahun Lima serta Enam sudah memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
"Syabas diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mengambil langkah tertentu bagi memastikan murid serta kakitangan sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di dalam sekolah.
"Pengurusan sekolah harus memastikan ada penjarakan sosial yang selamat, iaitu sekurang-kurang satu meter antara pelajar dan guru sama ada di dalam mahupun di luar kelas," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, antara saranan perlu dipatuhi pihak sekolah ialah mengurangkan bilangan pelajar dalam kelas supaya penjarakan sosial dapat diamalkan setiap masa.
"Pihak pengurusan sekolah juga dinasihat menjalankan pemeriksaan suhu dan gejala terhadap semua pelajar sebelum mereka masuk ke kawasan sekolah atau kelas.
"Jika ada murid dikesan tidak sihat, mereka perlu dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.
"Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan kemudahan singki dengan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman," katanya.
Beliau berkata, etika batuk dan bersin juga perlu dipraktikkan di sekolah, selain pelajar dan guru sekolah sangat digalakkan memakai pelitup muka ketika sesi persekolahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
SK Nanga Pakan telah memulakan program TS25 sejak tahun 2018. Banyak perubahan telah dijalani sejak perlaksanaan program tersebut. And...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
-
Jika diteliti, peranan guru dalam abad memang mencabar. Guru hendaklah memberi komitment tinggi demi menggalas tugas sebagai pendidik dan ju...
-
20 NOV 2019 / 4:00PM - Sebelum cuti bermula, pihak asrama & pengurusan SK Ng Pakan telah mengadakan aktiviti gotong-royong b...
No Response to "COVID-19 Cegah Penularan di sekolah"
Leave A Reply