Sunday, August 2, 2020

Program Transformasi Sekolah 25

Posted on 7:59:00 PM by Chris Avilla


SK Nanga Pakan telah memulakan program TS25 sejak tahun 2018. Banyak perubahan telah dijalani sejak perlaksanaan program tersebut. Anda boleh rujuk bahagian Gambar dan Aktiviti untuk melihat antara program yang telah dijalankan di sekolah ini. ( Blog sedang dikemas kini, kami akan update info terkini dari masa ke semasa )
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Kesimpulannya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.

No Response to "Program Transformasi Sekolah 25"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular