Kita mendoakan semoga semua murid dapat menjawab soalan ujian akhir tahun dengan tenang dan memperoleh keputusan yang memberangsangkan.
Sunday, October 29, 2017
Thursday, August 3, 2017
Cabaran Guru Abad ke-21. Oleh Dr. Aminudin Mansor.
Jika diteliti, peranan guru dalam abad memang mencabar. Guru hendaklah memberi komitment tinggi demi menggalas tugas sebagai pendidik dan juga pembimbing murid.
Selain sebagai pendidik dan pengajar guru juga perlu menjadi pemudahcara. Ini adalah penting untuk meningkatkan dan menyemai kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Senario ini membuktikan bahawa guru melaksanakan tugas tanpa had waktu sebagai pendidik. Cabaran guru pada masa kini sememangnya sangat besar bezanya jika dibandingkan dengan guru pada masa dahulu.
Untuk melaksanakan pendidikan tanpa had masa guru dan murid boleh berhubung menggunakan media sosial untuk meneruskan pengajaran dan pelajaran. Dengan adanya Frog VLE, Pembelajaran berbentuk Virtuals dapat dilaksanakan bila-bila masa sahaja.
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda diutamakan.
Sesungguhnya menjadi guru pada abad ke-21 memang hebat dan sangat mencabar. Namun dengan ilmu pengetahuan dan latihan kemahiran mendidik yang tinggi, kita hendaklah yakin bahawa guru kita mampu memikul amanah untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara.
Posted on 5:59:00 PM
Monday, June 19, 2017
Menyediakan suasana kelas yang kondusif.
16 Jun 2017 - Sekolah yang cantik dan kondusif merupakan satu langkah awal untuk mencapai status kelas bercirikan pembelajaran abad ke-21. Ini bermaksud, lebih banyal lagi aspek yang perlu dipenuhi untuk mencapat tahap berkenaan. SK Nanga Pakan telah mengadakan sedikit aktiviti mengemas dan menghias kelas untuk menjadikan semua kelas lebih kondusif. Aktiviti berkenaan telah diadakan selama 1 jam selepas P&P pada hari tersebut setelah semua guru dan murid berehat sejanak.
Jika anda nak tahu apakah ciri-ciri yang harus ada untuk kelas bercirikan pembelajaran Abad ke-21. Anda bolehlah scroll down dan baca 10 ciri kelas abad ke-21.
10 CIRI KELAS ABAD KE-21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran.
Sumber Rujukan:
Posted on 9:24:00 PM
Dialog Prestasi
16 Jun 2017 - Satu dialog prestasi peringkat sekolah telah diadakan bersama dengan semua guru tahun 6. Dialog ini merupakan satu kemestian untuk setiap sekolah untuk membincangkan hasil analisis ujian percubaan yang terkini berkaitan dengan UPSR. Buat masa sekarang prestasi semasa untuk semua calon UPSR semakin meningkat. Semua guru telah melakukan yang terbaik untuk membantu murid yang berpotensi untuk lulus dan memperoleh gred yang lebih baik.
BI Kertas 2 menjadi topik perbincangan guru kerana prestasi murid agak lemah disana. Kita tidak menyalahkan guru, kerana prestasi murid juga bergantung kepada hasil usaha murid dan bimbingan di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pihak sekolah harus bertindak profesional dengan mencari program intervensi secepat yang mungkin sebelum terlambat.
Pihak sekolah sentiasa mencuba yang terbaik untuk meningkatkan mutu pengajaran & Pembelajaran. dan usaha ini telah direalisasikan dengan beberapa program untuk mewujudkan kelas yang bertemakan pembelajaran abad ke-21.
"Terima kasih diucapkan kepada guru yang telah mengorbankan masa cuti mereka untuk menjalankan kelas bimbingan". - Guru besar Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan.
Perbincangan bersama Guru besar.
Segala permasalahan hendaklah dikongsikan untuk mencari penyelesaian.
Semua guru harus berusaha selagi terdaya kerana kurang dari 3 bulan lagi UPSR akan tiba.
Posted on 9:07:00 PM
Apa Khabar?
Salam sejahtera dan salam satu perpaduan diucapkan kepada semua yang membaca blog ini. Apa khabar? demikianlah tajuk penulisan kali ini. Sudah sekian lama tidak kami tidak berkongsikan cerita di dalam Blog ini memandangkan kita sedang berusaha menjayakan banyak program yang menarik sepanjang penggal pertama tadi.
Program yang melibatkan murid merupakan keutamaan pihak sekolah kerana kita menyahut seruan kementerian untuk membentuk insan yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Aspek pergerakan fizikal dan kesihatan merupakan antara aktiviti yang boleh kita jalankan. Ia bukan sahaja menjadikan sekolah lebih meriah malahan ia dapat menarik minat murid untuk terus terlibat sama dalam segala aktiviti.
Ganjaran dan penghargaan amat penting untuk menunjukkan murid erti perjuangan. Murid akan merasakan mereka lebih disayangi dan kita juga dapat mengukuhkan rasa keyakinan dalam diri murid. mereka juga akan menceritakan pengalaman di sekolah kepada penjaga dan ia akan menjadi satu interaksi yang meluas apabila melibatkan penjaga.
Sekolah yang dapat menyediakan program berunsur ilmiah sendiasa menjadi buah mulut masyarakat setempat. Masyarakat sentiasa ingin melihat warga sekolah menunjukkan keberhasilan dalam banyak aspek, namun harus diingatkan bahawa kita tidak boleh menyerahkan 100% tanggungjawab mendidik kanak-kanak kepada pihak sekolah ( Guru dan AKP )
Posted on 8:24:00 PM
Tuesday, April 18, 2017
Persediaan ke Perkemahan Pengakap
19 April 2017- Satu perkemahan pengakap akan diadakan di SK Ng Engkamop, Julau. Seramai 8 orang pengakap yang akan menyertai perkemahan ini dan mereka akan diiringi oleh 3 orang guru pengiring. Perkemanahn ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam mulai hari ini.
Objektif perkemahan ini adalah untuk ujian lencana peringkat sekolah rendah. Pegawai dari PPD Julau dan Exco tertinggi pengakap ada menghadiri dan menjadi penilai ujian tersebut. Sekian.
Posted on 4:05:00 PM
Saturday, April 15, 2017
Selamat Jalan Cikgu Habibah
Seorang guru yang penyayang dan seorang PK Hem di SK Ng Pakan, siapa yang tidak mengenali beliau. Cikgu Habibah adalah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di pekan Pakan. Beliau banyak berurusan dengan ibu bapa dan penjaga memandangkan Beliau merupakan guru penolong kanan hal Ehwal murid.
Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun. Keakraban beliau dan kemesraan beliau tanpa mengira individu sama ada mereka ataupun guru dan juga komuniti di sekitar sekolah ini telah menjadikan beliau mendapat gelaran "ibu" bagi sesetangah orang di sini.
"Jaga diri hiasi peribadi" dan "betulkan yang salah dan biasakan yang betul" merupakan tagline beliau setiap kali menamatkan ucapan. Sememangnya Pemergian beliau akan dikenang sepanjang masa. Sumbangan dan kenangan yang telah dikongsikan sentiasa mekar di dalam memori warga sekolah. Kita mendoakan kecemerlangan beliau semakin menyerlah di tempat baru. Usia bukanlah penghalang jika kita ikhlas berbakti. Sekian.
Posted on 9:31:00 AM
Tuesday, April 4, 2017
Pra Tonton Peserta Karaoke
Semoga berjaya buat adik Masitah. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang terlibat.
Posted on 7:50:00 PM
Suasana perhimpunan minggu pertama April
PK KK - Banyak program akan diadakan pada bulan April. Antaranya pertandingan karaoke, bola jaring dan bola sepak. Mohon semua bersedia. Pakaian unit beruniform hendaklah sesuai dan lengkap pada hari Rabu
PK Hem - Jaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri. Jaga juga kebersihan alam sekitar. Pihak sekolah mendengar ada berlakunya kecurian di asrama. Mohon semua murid lebih berdisiplin dan jangan mencuri. Tiap minggu bulan april tahun ini adalah minggu balik kampung. Kerana ada Good Friday. Isnin yang akan datang juga cuti peristiwa Easter Monday. Minggu ketiga April juga adanya cuti umum sempena pertabalan Agong. Jaga diri hiasi peribadi. Biasakan yang betul dan betulkan yang salah.
PK1 - Keputusan ujian telah disahkan dan keputusan akan dicetak dan diedarkan. Adanya peningkatan untuk AR1. Tingkatkan prestasi. AR2 akan diadakan pada ujian pertengahan tahun iaitu pada 15 Mei 2017. Mohon semua bersedia. Guru sediakan soalan murid sediakan diri. Cuti pertengahan tahun selama 2 minggu, minggu pertama adalah cuti. Minggu kedua ada kelas bimbingan. Semua murid tahun 6 wajib hadir.
Bacaan teks pidato oleh cikgu Amin. Negaraku di sinilah segalanya.
PK Hem - Jaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri. Jaga juga kebersihan alam sekitar. Pihak sekolah mendengar ada berlakunya kecurian di asrama. Mohon semua murid lebih berdisiplin dan jangan mencuri. Tiap minggu bulan april tahun ini adalah minggu balik kampung. Kerana ada Good Friday. Isnin yang akan datang juga cuti peristiwa Easter Monday. Minggu ketiga April juga adanya cuti umum sempena pertabalan Agong. Jaga diri hiasi peribadi. Biasakan yang betul dan betulkan yang salah.
PK1 - Keputusan ujian telah disahkan dan keputusan akan dicetak dan diedarkan. Adanya peningkatan untuk AR1. Tingkatkan prestasi. AR2 akan diadakan pada ujian pertengahan tahun iaitu pada 15 Mei 2017. Mohon semua bersedia. Guru sediakan soalan murid sediakan diri. Cuti pertengahan tahun selama 2 minggu, minggu pertama adalah cuti. Minggu kedua ada kelas bimbingan. Semua murid tahun 6 wajib hadir.
Bacaan teks pidato oleh cikgu Amin. Negaraku di sinilah segalanya.
Posted on 4:37:00 PM
Monday, April 3, 2017
ABM
Setiap sekolah sememangnya memiliki alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh setiap panatia matapelajaran. Alat bantu mengajar ini amat menarik juga dijadikan sebahagian daripada bahan mengajar. Murid murid gembira apabila guru mereka dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik. Setiap sekolah juga harus memiliki satu ruangan khas sama ada di dalam bilik guru ataupun pusat sumber dan juga di dalam kelas untuk menempatkan ABM ( Alat bantu mengajar ). Sekian.
Posted on 6:16:00 PM
Tuesday, March 14, 2017
Gambar majlis lantikan pengawas
Pada hari yang indah ini kita telah satu penyerahan tali leher sebagai simbolik kepada pengawas yang baru sahaja dilantik. Pemimpin muda ini telah melalui penilaian selama beberapa minggu yang telah dijalankan oleh pihak sekolah melalui program dan kem kepimpinan pengawas.
Pihak sekolah berharap dengan sahnya jawatan mereka, semua pemimpin muda ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka sepanjang sesi 2017 sehingga awal tahun 2018.
Posted on 7:12:00 PM
Monday, March 13, 2017
Persediaan Majlis Perlantikan Pengawas
14 MAC - Cikgu Amin bersama dengan rakan guru pengawas dan mentor telah menjalankan latihan untuk majlis perlantikan pengawas dan pemimpin muda bagi sesi 2017. Serama 80 orang murid menyertai aktiviti ini. Sentuhan terakhir hari ini diharapkan dapat menyempurnakan majlis perhimpunan esok.
Guru membimbing murid.
Murid diajar untuk melaksanakan tugas.
Disiplin menjadi keutamaan.
Guru membimbing murid.
Murid diajar untuk melaksanakan tugas.
Disiplin menjadi keutamaan.
Posted on 8:43:00 PM
Gambar bulan Mac
Berikut adalah beberapa keping gambar kelas di SK Nanga Pakan. Gambar tidak disusun menurut darjah.
1. Tahun 1 Bestari
2. Pendidikan Khas
3. Tahun 1 Amanah
4. Tahun 3B
5. Tahun 2 Amanah
6. Pra Kastur
i
7. Pra Angerik
8. Tahun 3 Amanah
9. Tahun 4 Bestari
10. Tahun 4 Amanah
11. Tahun 5 Bestari
12. Tahun 5 Bestari
13. Tahun 6 Bestari
1. Tahun 1 Bestari
2. Pendidikan Khas
3. Tahun 1 Amanah
4. Tahun 3B
5. Tahun 2 Amanah
6. Pra Kastur
i
7. Pra Angerik
8. Tahun 3 Amanah
9. Tahun 4 Bestari
10. Tahun 4 Amanah
11. Tahun 5 Bestari
12. Tahun 5 Bestari
13. Tahun 6 Bestari
Posted on 9:44:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...