Saturday, April 15, 2017

Selamat Jalan Cikgu Habibah

Posted on 9:31:00 AM by Chris Avilla

Seorang guru yang penyayang dan seorang PK Hem di SK Ng Pakan, siapa yang tidak mengenali beliau. Cikgu Habibah adalah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di pekan Pakan. Beliau banyak berurusan dengan ibu bapa dan penjaga memandangkan Beliau merupakan guru penolong kanan hal Ehwal murid. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun. Keakraban beliau dan kemesraan beliau tanpa mengira individu sama ada mereka ataupun guru dan juga komuniti di sekitar sekolah ini telah menjadikan beliau mendapat gelaran "ibu" bagi sesetangah orang di sini.  "Jaga diri hiasi peribadi" dan "betulkan yang salah dan biasakan yang betul" merupakan tagline beliau setiap kali menamatkan ucapan. Sememangnya Pemergian beliau akan dikenang sepanjang masa. Sumbangan dan kenangan yang telah dikongsikan sentiasa mekar di dalam memori warga sekolah. Kita mendoakan kecemerlangan beliau semakin menyerlah di tempat baru. Usia bukanlah penghalang jika kita ikhlas berbakti. Sekian. 

No Response to "Selamat Jalan Cikgu Habibah"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular