Sunday, October 1, 2023
Kempen jom tinggal asrama berjaya
Posted on 5:18:00 PM by Chris Avilla
2 Oktober 2023 - Kempen jom tinggal asrama yang telah dijalankan sejak bulan Ogos yang lalu telah membuahkan hasil. Kini murid-murid yang tinggal di asrama meningkat jumlahnya. Jika sebelum ini jumlah murid agak sedikit, kini mereka berjumlah 41 orang. Kempen ini merupakan satu daripada inisiatif yang telah dicadangkan sendiri oleh tuan guru besar baharu SK Nanga Pakan tahun ini. Beliau percaya bahawa, murid-murid akan mendapat manfaat lebih banyak sekiranya menjadi penghuni asrama kerana mereka dapat menikmati proses pembelajaran yang lebih banyak berbanding dengan murid-murid harian.
Murid-murid akan menjadi lebih berdisiplin kerana mereka belajar untuk berdikari melakukan banyak perkara terutamanya dalam aspek pengurusan diri. Perkara ini tidak mudah untuk dicapai sekiranya mereka masih menjadi murid harian.
Semangat yang kental juga akan terbentuk kerana mereka telah dilatih untuk berjauhan dari ibu bapa pada usia yang muda. Apabila dewasa nanti, nilai ini merupakan nilai yang sangat penting dalam membentuk seseorang insan yang tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang kian hebat.
Proses pembelajaran akan menjadi lebih teratur, kerana di asrama murid-murid sudah disediakan dengan jadual belajar yang sesuai dengan aktiviti sepanjang mereka tinggal di asrama. Berbanding dengan murid harian, murid asrama lebih berdisiplin dalam mematuhi jadual waktu kerana ia merupakan elemen yang penting sepanjang mereka tinggal di asrama.
Kemahiran sosial yang lebih baik akan terbentuk. Sepanjang mereka tinggal di asrama, hubungan yang baik antara rakan merupakan antara kunci yang penting untuk membantu mereka terus hidup di asrama. Mereka akan belajar untuk berkawan serta menghayati softskill dalam berbicara. Perkara ini tidak mudah di alami dan dilalui oleh murid-murid harian.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, terutamanya unit asrama yang telah berjaya menjalankan kempen ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada PK Hem En. Abang Jefri bin Abang Mansor selaku ketua dan koordinator untuk kempen ini. Semoga jumlah murid yang ingin tinggal di asrama meningkat dari masa ke semasa, kerana pembelajaran yang lebih sempurna dapat dicapai apabila murid-murid meluangkan lebih banyak masa di asrama yang terbukti memiliki ekosistem yang sihat serta pembelajaran yang menyeluruh bersesuaian dengan falsafah Pendidikan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
No Response to "Kempen jom tinggal asrama berjaya"
Leave A Reply