Thursday, July 28, 2016
Fire Drill
28 Julai 2016 - Satu Kawat Kebakaran telah diadakan secara mengejut di SK Nanga Pakan. Aktiviti tersebut telah diadakan pada masa kelima pengajaran dan pembelajaran. Ramai yang tidak bersedia dengan aktiviti ini. Bunyi siren dan loceng telah memberikan amaran awal kepada semua murid dan pegawai untuk berkumpul di tapak yang telah disediakan. Bangunan hendaklah dikosongkan dan semua murid serta pegawai harus berjaya untuk tiba di kawasan berkumpul tidak lebih dari 3 minit. Adalah diingatkan supaya murid harus mengutamakan keselamatan dan bergerak dalam keadaan teratur semasa aktiviti ini dijalankan. Segala alatan pembelajaran dan pengajaran hendaklah ditinggalkan memandangkan keselamatan nyawa lebih dipentingkan.
Catatan masa untuk kali ini adalah 2 minit 42 saat dan ini membuktikan bahawa pergerakan pada hari ini berada di bawah had masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.
Thanks to:
1. En.Shahidan yang mengendakikan aktiviti ini.
2. Cikgu Habibah PK Hem.
Catatan Popular
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...
-
Bagi yang pertama kali mendengar nama Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau sememangnya tertanya juga lokasi sekolah kami. Sekolah yang terl...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
19 April 2017- Satu perkemahan pengakap akan diadakan di SK Ng Engkamop, Julau. Seramai 8 orang pengakap yang akan menyertai perkemahan i...
-
Bahan pengajaran Sains menggunakan buku National Geographic merupakan bahan yang sangat sesuai untuk mempelajari sains. Sebelum menggunakan ...
-
Gambar hiasan Dalam melaksanakan TS25, pihak pengurusan sentiasa mengambil peduli dengan pandangan dan saranan dari semua pihak terutamany...
No Response to "Fire Drill"
Leave A Reply