Thursday, June 30, 2022

Program Intelek Asuhan Rohani

Posted on 8:41:00 AM by Chris Avilla

Tahniah diucapkan pada kesemua 50 peserta yang telah menyertai Program Intelek Asuhan Rohani yang dianjurkan di SK Nanga Pakan. Antara sekolah yang menyertai program ini adalah dari SK Nanga Babai, SK Sg. Sugai, SK Nanga Wak dan SK Ng Pakan sendiri.

Program ini merupakan satu program yang di anjurkan oleh agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sarikei. Program ini merupakan satu program kesedaran yang menyasarkan murid-murid sekolah rendah di sekitar daerah Julau.

Program ini dinamakan sebagai program PINTAR yang merupakan satu akronim yang merujuk kepada Program Intelek Asuhan Rohani.



















Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini. Program yang sepatutnya memakan masa beberapa hari namun telah  berjaya diselesaikan  dalam masa satu hari sahaja, memandangkan pihak penganjur telah diberi amanah untuk menyelesaikannya dalam masa satu hari.

Semua peserta berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program tersebut. Ramai berserta mencadangkan agar program ini diteruskan di masa akan datang kerana ianya sangat penting dalam membawa kesedaran di kalangan kanak-kanak dan remaja berkenaan dengan agenda dan isu dadah.

TS25- Sekolah telah mengadakan kerjasama dengan agensi dari luar. Ini membuktikan bahawa kepimpinan sekolah telah membuka lagi pintu kepada agensi yang berkaitan dalam  mengadakan pelbagai aktiviti bagi sekolah yang berprestasi tinggi. Sekian. 

No Response to "Program Intelek Asuhan Rohani"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular