Sunday, November 8, 2020

Belanjawan 2021: Pendidikan menerima peruntukan tertinggi

Posted on 4:30:00 PM by Chris Avilla



Ketika membentangkan belanjawan 2021, Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian yang mencukupi.

Atas sebab itu, pada tahun depan kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu.

Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan sebanyak RM420 juta dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan.

Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf bangunan dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif.

Manakala bagi sekolah di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baru dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta.

Sementara itu, kerajaan juga memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan.

Baca Lagi di:

https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalam-belanjawan-2021-untuk-sektor-pendidikan/

No Response to "Belanjawan 2021: Pendidikan menerima peruntukan tertinggi"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular