Sunday, January 15, 2017

1997 vs 2017 selepas 20 Tahun

Posted on 7:10:00 PM by Chris Avilla

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Pejam celik pejam celik tidak terasa kita masih berdiri di dunia ini walaupun pelbagai kisah telah kita lalui.
Untuk kali ini saya ingin kongsikan pandangan peribadi saya tentang zaman 90an yang telah hanyut sehingga tahun 2017. 20 tahun memang tidak terasa.
Adalah lebih selesa untuk saya kongsikan pandangan saya berdasarkan gambar-gambar yang terbuku dalam laman sesawang ini. Jom kita kembali ke zaman itu!! 90an.
 Beginilah majlis penyampaian sijil dan hadiah pada suatu ketika dahulu. Hiasan pentas kebanyakkannya dilakukan secara manual.
Pada waktu itu hubungan antara guru lebih realistik berbanding dengan masa kini yang kebanyakkannya berhubung melalui kumpulan dalam laman sesawang ataupun aplikasi sosial. Jauh sekali telefon canggih untuk di miliki pada zaman tersebut. 
Saya tidak pasti sama ada gambar di atas menunjukkan gambar ibu bapa yang membantu pihak sekolah atau pihak swasta yang digaji untuk menjaga keceriaan sekolah. Yang pasti pada masa kini sekolah melantik syarikat tertentu untuk membantu mereka menjalankan tugas berkaitan dengan keceriaan.
Beginilah suasana di dewan makan pada zaman itu. Ramai murid yang tinggal di asrama dan menikmati zaman berdikari. Pada masa kini murid lebih cenderung untuk berkepit di bawah ketiak ibu bapa dan saya mendapati suasana di dewan makan agak sunyi. Ternyata kemajuan pada zaman ini membolehkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah sebagai murid harian. Jalan raya bukanlah lagi satu masaalah untuk murid yang berasal dari hulu.
Lawatan diadakan di tempat yang menarik.
Siapa boleh teka gambar diatas menunjukkan program apa? Bagi sesiapa yang lahir pada zaman 80-an atau 90-an senario di atas bukanlah sesuatu yang pelik. Kempen membasmi kutu merupakan kempen yang menyeronokkan dan melegakan. Haha!!
Minggu orientasi tahun 1 merupakan minggu yang dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah.
Tidak salah jika saya mengatakan bahawa murid-murid zaman dahulu lebih berani untuk tampil dan menyahut cabaran.
Kempen menanam pokok dan juga projek taman merupakan aktiviti yang sering kita lihat pada suatu ketika dahulu. Hasil aktiviti tersebut masih lagi dapat kita lihat pada tahun ini setelah 20 tahun berlalu. Terima kasih diucapkan kepada generasi yang terdahulu kerana telah berbakti kepada bumi SK Ng Pakan.
Bila kali terakhir tangan anda kotor disebabkan aktiviti menanam pokok? Bukan tanam manusia yaaa..
Thanks.

No Response to "1997 vs 2017 selepas 20 Tahun"

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular