Monday, August 1, 2016

Malam PROMAH

Posted on 5:32:00 PM by Chris Avilla

1 Ogos 2016- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Julau. Pada minggu ini PROMAH diadakan di SK Ng Pakan dan disertai oleh semua sekolah yang berada dalam Zon Pakan. Terdapat 9 buah sekolah yang menyertai PROMAH.

Semua peserta kelihatan masih kekok dengan satu sama lain. Keadaan sebegini hendak kita perbaiki dan jurang antara peserta hendaklah dirapatkan. Aktiviti berkumpulan merupakan pilihan yang terbaik untuk membantu mereka berkenalan dan membentuk hubungan sesama rakan sepasukan.

Aktiviti berunsur pergerakan dan seni visual merupakan antara contoh yang sesuai untuk dijalankan dalam kumpulan yang besar. Setiap kumpulan pula bolehlah menjalankan apresiasi seni selepas menyiapkan tugasan yang diberikan.

Pihak penganjur sentiasa memastikan peserta dalam keadaan yang selesa dan selamat. Setelah aktiviti dijalankan pada malam itu, peserta dibawa untuk menikmati supper sebelum kembali ke asrama. Sekian.

Antara peserta cilik yang menyertai program.
Kumpulan cilik dan karya mereka.
Kapal layar sebagai simbol pelayaran mereka menuju kejayaan.
Idea mereka menggunakan tapak tangan.
Membentangkan hasil karya mereka.
Mereka menyanyikan lagu ciptaan untuk karya mereka.
Berbincang dan mengagihkan tugas.
Idea menggunakan bendera.
Nak kata pokok bukan juga, ini ais kerim pun bukan.
Kumpulan yang memenangi aktiviti pada malam itu. 

No Response to "Malam PROMAH "

Leave A Reply

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular