Bahan pengajaran Sains menggunakan buku National Geographic merupakan bahan yang sangat sesuai untuk mempelajari sains. Sebelum menggunakan buku guru-guru boleh membimbing murid-murid untuk membaca persoalan utama yang telah disediakan di bahagian hadapan buku. Persoalan ini akan membimbing murid-murid untuk lebih memahami apa tujuan pembelajaran / pembacaan mereka. Buku ini juga dicipta lebih besar dan menjadikan ia lebih mudah untuk difahami serta penghayatannya menjadi lebih bermakna.
Monday, June 26, 2023
Gambar semasa Kejohanan Merentas Desa MSSB Sarikei
Berikut merupakan beberapa keping gambar semasa kejohanan merentas desa sedang berlangsung di bahagian Sarikei. Terima kasih & tahniah kepada penganjur serta sekolah yang terlibat.
Info:
SK Nanga Pakan - Chee Ke-79
SK Nanga Pakan - Lolita Ke-107
📸 En. Shahidan / SK Nanga Pakan
Posted on 8:21:00 PM
Berbakti kepada tanah program
26 Jun 2023 - Taman herba SK Nanga Pakan. Antara projek jangka masa panjang yang selalu dilaksanakan adalah menguruskan taman herba. Semua guru dan Komuniti terlibat secara bergilir untuk menguruskan taman ini. Taman ini berpotensi untuk dijadikan sebagai tempat semaian dan juga tempat untuk murid-murid belajar mengenai tumbuhan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertugas bagi minggu ini.
Posted on 6:19:00 PM
Kejohana Merentas Desa MSSB Sarikei
27 Jun 2023 - SK Nanga Pakan telah menghantar 10 orang wakil untuk Kejohanan Merentas Desa MSSB Sarikei 2023. Persediaan yang cukup dan penglibatan yang penuh semangat diharapkan membuahkan hasil. Sekurang kurangnya murid-murid kita telah menimba ilmu dan pengalaman bertanding di tempat orang. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada pegawai yang telah membimbing serta memberi latihan kepada semua peserta.
Posted on 6:18:00 PM
Pasukan Bola sepak Bahagian Sarikei ke peringkat negeri di Sri Aman
27 Jun 2023 - Dua orang murid SK Nanga Pakan mewakili Bahagian Sarikei. Rohmero & Fabian telah terpilih bagi mewakili dan melengkapkan team Bola Sepak 12 tahun ke bawah Bahagian Sarikei. Tahniah dan selamat berjuang kami ucapkan dari Warga SK Nanga Pakan.
Posted on 6:10:00 PM
Wednesday, June 21, 2023
Kawad Kecemasan Asrama di malam hari
21 Jun 2023 - latihan kawat kecemasan dan kebakaran telah dijalankan di asrama. Pada waktu malam tersebut, semua murid asrama telah menjalani latihan tanpa pengetahuan mereka. Secara keseluruhan murid-murid asrama telah berjaya bergerak ke tempat yang selamat sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Latihan sebegini amat penting bagi membiasakan murid untuk bergerak dengan mudah semasa berlakunya situasi yang tidak diingini, terutamanya apabila kebakaran berlaku.
Posted on 5:29:00 PM
Monday, June 19, 2023
Baik pulih kolam ikan taman sains
31 May 2023 - Kolam ikan yang terdapat di taman sains sekolah ini telah di baik pulih oleh pihak sekolah dengan bantuan beberapa orang ibu bapa. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang proses baik pulih dan naik taraf ini. Sebelum ini, kolam ikan ini tidak ada bahagian penghalang di sekitar kolam, kini pihak sekolah telah berinisiatif untuk meningkatkan lagi keselamatan kolam tersebut supaya murid-murid dapat melawat serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih selamat di Kolam Ikan SK Ng Pakan.
Posted on 8:30:00 PM
Makmal komputer ditutup seketika
19 Jun 2023 - Makmal komputer tidak dapat digunakan buat sementara waktu kerana proses penyelenggaraan dan menghapus kira aset tertentu sedang dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pejabat yang telah memantau dan membimbing pihak sekolah dalam menguruskan makmal Komputer.
Thanks:
Unit ICT PPD Julau.
Cikgu Wee ( Guru Makmal Komputer SK Ng Pakan )
Cikgu Chris ( Guru ICT SK Ng Pakan )
Cikgu Jimmy ( Guru yang mengurus Aset SK Ng Pakan )
Posted on 8:24:00 PM
Derma untuk mangsa kebakaran
9 Jun 2023 - Pada cuti perayaan hari Gawai yang lalu, berlakunya kebakaran di sebuah rumah panjang yang juga melibatkan beberapa orang keluarga murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah telah mengumpulkan sedikit sumbangan untuk membantu serta meringankan beban keluarga yang terkesan dari kejadian tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah termasuk juga murid-murid dan ibu bapa yang telah menderma. Derma yang telah dikumpulkan telah berjaya di salurkan kepada keluarga yang berkenaan.
Posted on 8:22:00 PM
Hari permuafakatan ibu bapa
16 Jun 2023 - Hari permuafakatan bersama dengan ibu bapa merupakan hari yang Dinanti nantikan oleh penjaga. Guru kelas akan mengambil peluang untuk berkongsikan prestasi anak-anak yang juga meliputi dari aspek akademik dan juga Sasiah. Ibu bapa dan penjaga telah memberikan kerja sama yang sangat baik pada hari berkenaan, rata-rata ibu bapa dan penjaga berpuas hati dengan layanan pihak sekolah dan juga perkhidmatan yang telah diberikan dalam mendidik generasi muda. Kita berharap kerjasama begini bukan sahaja di peringkat sekolah malahan usaha mendidik anak-anak ini diteruskan di peringkat rumah juga.
Posted on 8:05:00 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Berikut merupakan 5 keping gambar yang dihasilkan oleh s...
-
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil di sekitar kawasan stor PJ atau dikenali juga sebagai stor sukan. Dengan berkat usaha ...
-
Sistem Pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya. Penerapan tentang fahaman serta nilai posit...
-
SK Nanga Pakan telah mengalami banyak transformasi sejak menyertai program transformasi sekolah 2025. Sekolah kami memiliki galeri Kokurikul...
-
Panitia mata pelajaran matematik bersama dengan guru matematik telah berusaha mengumpul alat bantu mengajar serta bahan pemudahcara untuk m...
-
Makmal komputer merupakan bangunan yang sinonim dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Nanga Pa...
-
13 Julai 2018 - SK Nanga Pakan telah menjalankan satu majlis perasmian Program TS25 yang dirasmikan Oleh tetamu istemewa iaitu YB Tuan Larry...
-
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil hari ini. Gambar yang diambil adalah gambar kawasan depan pintu gerbang / gate SK Nanga...
-
Di sekitar kawasan sekolah terdapat banyak notis peringatan untuk memastikan semua warga dan pelawat mematuhi amalan dan norma pada masa ki...
-
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan. Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa keping ga...