Tuesday, July 14, 2020

Poster Covid SK Nanga Pakan


Poster hasil montaj idea dari beberapa poster yang ada di laman sesawang. Kami gabungkan info yang utama agar poster di depan gate sekolah ini lebih padat info melalui grafiknya.

Bersedia untuk berkhidmat

Kelihatan para guru dan AKP telah bersedia menggalas tanggungjawab dan menerima murid yang bakal turun ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu 15 Julai 2020.

Pihak sekolah mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Selamat bersekolah diucapkan kepada semua murid yang telah menjalani cuti yang agak panjang kali ini. Pihak sekolah juga ingin menyeru kepada semua penjaga atau ibu bapa supaya tidak risau lagi dengan sistem pengurusan murid di sekolah ini kerana pihak sekolah telah mengamalkan tahap pemantauan dan pencegahan yang terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan virus Covid. Sekian.

Info Buka Sekolah selepas PKPB


Operasi sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan murid Tahun 5 dan 6 akan bermula 15 Julai ini manakala murid Tahun Satu hingga Tahun Empat akan kembali ke sekolah pada 22 Julai ini.-

SESI persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai ini.

Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

"Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan," katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sumber:

My Metro

KLIK KE PPD JULAU

Single System Operation

Catatan Popular